GILA KENTANG!
Ini gila bukan gila makan kentang putar atau gilakan awek bentuk kentang mahupun kentang yang gila tapi ini gila yang bila kau dengar orang cerita kau akan 'gila kentang kau ni!'.
"Ain, bila kelas nak dismissed ni?'. Soal Jenab sedang asyik bergoyang goyang tak senang duduk dalam kelas Isu-isu kontemporari Muslim di Malaysia yang bapak punya ngantuk. Engkorang tahu kan kelas tu? Jangan bohong.
"Mana aku tahu, selalu kelas habis awal kot. Aduh, habislah tiket kita". Ain kelihatan risau bak kucing kehilangan sepuluh ekor anak.
Dalam hati Ain dan Jenab hanya tuhan saja yang tahu tahap carut dia macam mana.
**********************
Kat bustop depan kampus, mereka menunggu bas rapidKl yang tak kunjung tiba.
"Hari Jumaat ni biasalah bas memang tenggelam timbul sikit. Tak tahu la minggu keberapa nak sampai ni". Jenab sekadar berbasa basi.
"Tulah, sekarang dah pukul 6 ni. Adoi, mana bas ni. Tiket kita pukul 7:30 kot". Ain semakin resah gelisah.
"Takpe, kita tunggu lagi sampai pukul 6:30. Kalau takde jugak kita amik teksi jelah". Jenab sekadar menyedapkan kedua hati.
Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai tak tahu dah tunggu tu siapa punya, bas rapidKl mahupun bas Metro tidak juga kunjung tiba hingga hari kelihatan kelam dan jarum jam menunjukkan tepat di angka 7.
"Ada yang berguling guling kat tengah jalan ni kang buat drama. Ada teksi semua tak nak benti. Kalau tak nak jadi pemandu teksi benti kerja jelah! Ramai lagi orang susah kat luar sana yang takde kerja". Nafsu amarah Jenab kini membuak buak seperti dirasuk syaitonirrojim. Astagfirullah.
Dari kejauhan mata kami terlihat sinaran lampu bas yang tertera nama destinasi 'KLCC'. Tanpa kami sedari bibir mugil menguntum senyuman. Senyum yang bak kata orang senyum sampai telinga. Mujur tak koyak tudung. Kah!
*************************
Sesampai di tren Bandar Tasik Selatan, kami berlari terbalik terbongkang dengan mengendong bag balik kampung yang bapak besar gila. Dalam kekalutan berlari, Ain sempat menjerit mengatakan sesuatu pada Jenab.
"Nab, kau lari dulu lah aku tak larat ni. Nanti dah sampai bagitahu pakcik bas tu ada kawan lagi sorang. Jangan lupa pulak". Teriak Ain tercungap cungap mencari oksigen tambahan.
"Okay okay. Aku lari dulu. Jumpa kat sana". Jenab lari dengan kadar kelajuan maksima, silap hari bulan Husain Bolt pun boleh kalah. Haha!
******************
Sesampainya Jenab di platform menunggu bas, jam menunjukkan tepat 7:40 petang yang mana tiket bas mereka adalah jam 7:30 petang.
"Aduh, sepuluh minit lewat ni, kalau kena tinggal sia-sia aku lari macam orang gila". Getus hati Jenab sendirian sambil mata melilau mencari bas.
"Yess! Eh, Alhamdulillah ada lagi bas tu. Harap bas tu lah".
"Pergi mana dik?". Soal seoarang pakcik.
"Pergi Batu Pahat, pukul 7:30 petang". Sambil tercungap cungap tak cukup oksigen.
"Dah cepat-cepat naik. Dah lama pakcik tunggu ni. Nasib baik tak tinggal tadi". Pakcik mula membebel dengan kadar separa marah.
"Eh, tapi pakcik, kawan saya lagi sorang tu on the way. Dia tengah lari tu kejap lagi sampai kot". Jenab cuba menerangkan satu persatu.
"La, pulak dah. Ni tiket awak bawa dua dua nanti kawan nak turun macam mana?". Soal pakcik lagi.
"Ha'ah ek. Nak turun kan kena cek tiket kat guard. Adoi, jap eh saya nak pergi bagi tiket kat kawan". Jenab berlari cuba mencari Ain tapi belum sempat berlari jauh Ain sudah pun turun.
"Ain, cepat weh naik bas pakcik tu dah marah. Tapi, dahaga lah. Jap, nak beli air. Bagitahu pakcik tu tunggu eh". Jenab dengan selamber kodoknya pergi beli air tak padan dah lambat. Hehe.
Dari balik cermin kelihatan pakcik bas tadi melambai lambai tangan kearah Jenab dengan memberi isyarat 'cepat sikit'.
*********************
"Fuh! Nasib tak kena tinggal kan? Nyaris2 tidur kat TBS ni. Gelap masa depan aku". Sambil mengelap peluh yang hampir sebaldi.
"Tahu takpe weh. Aku dah takut je tadi". Ain menyokong kata kata Jenab tanpa menghiraukan perasaan penumpang lain yang turut menunggu. Lama kot!
Mereka berdua terduduk mengenang nasib malang yang baru saja menimpa. Dengan rasa eksaited, mereka pun berkongsi kisah gila dan kelakar kepada rakan serumahnya dlm group whatsapp.
Tet! Tet! Tet!
Housemate Minah : Gila kentang lah cite korang! Berani mati betul. Nasib baik sempat naik bas. Fuh!
Housemate Jenab : Fuh! Ini kali punya gila lebih gila dari kentang! Tuhan je tahu.
*******************
Dalam kepekatan malam, Jenab dan Ain berlayar dengan bertemankan dengkuran maut akibat kepenatan berlari mengejar bas tadi.
Sebelum tidur, Jenab sempat menyatakan hasratnya kepada Ain.
"Weh, aku rasa macam nak tulis buku la then nak publish. Aku nak rakyat Malaysia baca cerita gila kentang kita ni".
"Bagus gak idea kau tu. Aku harap ade la publisher nak tolong".
"Eh, gua rasa dipersendakan ni. Dahlah. Jom tidur!".
Dalam melakukan sebarang perkara, kita mestilah selalu fikirkan kebarangkalian yang akan berlaku kerana malang itu tidak berbau. Jadi, selalulah sediakan payung sebelum hujan. Alang-alang nak gila jangan gila kentang, gila harta lebih baik. Peace!
YOU ARE READING
UBAT DUKA
Short StoryKau tak rasa ke hidup ni perlu ketawa? Aku jenis boleh gila kalau sehari tak ketawa. So, jom ah ketawa!