NASI GORENG TOMYAM

18 1 0
                                    

Satu malam yang sejuk lembab dan basah kerana lencun dek titisan air hujan. Okay tipu! Gerimis mengundang je. Malam tu aku makan kat kedai makan char kuay teow yang femes. Ramainya orang hingga membuatku duduk dibahagian yang tak berbumbung menikmati teh o ais limau perisa hujan jerebu. Kah! Malam itu aku memesan Nasi Goreng Tomyam. Nyummy! Sementara yang lain memesan char kuay teow spesel yang femes tu lah. Aku bukan tanak pesan benda kuay teow tu cuma tak makan sifut. Hahaha! Sesampainya makanan kami, sketsa pun bermula...

"Dap errr bau tomyam. Nyumnyum". aku dah tak sabau nau nak makan.

"A'ah nampak menarik. Banyak seafood". Peah menyokong.

"Penuh sangat ni weh, dah macam dalam dasar Pulau Perhentian". Aku membebel sambil menguis nguis nasi.

"Hahahahahha". Peah mampu ketawa je.

Maaflah atas ketidakkebursyukuran aku. *amboi kosakata apa yang aku pakai ni* Aku bukan apa tak boleh makan sifut ni nanti tercabut hidung. Okay tipu lagi. Hidung gatal sebab resdung je. Aku jugak elergik bawang. Entah kenapa. Padahal bawang tu tak salah pun. Mungkin dia selalu buat aku nangis kot. Kbai. Sambung cerita balik. Setelah menguis nguis nasi goreng untuk asingkan segala komponen yang tidak penting bagi aku je la. Akhirnya, nasi goreng tomyam yang tinggal hanyalah suku dari pinggan. Lalu aku pun bermonolog dalaman yang terkeluar.

"Weh, tadi aku order nasi goreng tomyam ke nasi kosong suku pinggan?" Aku bermonolog luaran.

P/s : lain kali kalau tak makan sayur ikan udang sotong ayam itik angsa belalang arnab tu bagitahu lah! Heh! -____________-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UBAT DUKAWhere stories live. Discover now