Pada titik ini, aku cuma mahukan solitud. Kau boleh memilih untuk pergi atau untuk tinggal di sini; apapun keputusanmu aku tidak akan menghalang.
Kebersamaan tidak bermakna segalanya harus dikongsi sama. Kadang, kesendirian itu lebih memahami sunyi yang dicari.
Yang aku mahukan cuma solitud. Ya, kalau kau kata sayang, ya sayang. Kalau tidak, ya tidak lah.
Aku tidak mahu memaksa.
Aku lelah.