Setelah seminggu, Rayyan pun sampai di Malaysia. Dia tak sabar nak jumpa dengan keluarganya. I'am coming!
Pemandu mereka iaitu Pak Kassim sampai di lapangan terbang dan memandu terus ke mahligai Tan sri Raikal.
Rayyan yang sudah selesai mandi turun ke ruang tamu di mana mama dengan papa nya meluang kan masa bersama setelah selesai makan.
"Hai ma, hai pa." sapa Rayyan dan terus duduk di sebelah Tan sri Wan.
"Hensemnya anak mama ni, nak pergi mana malam-malam ni?" tanya Tan sri Wan yang melihat anak nya berpakaian kemas seperti hendak keluar.
"Ray nak keluar kejap, nak jumpa kawan-kawan Ray. Tak apa kan?" tanya Rayyan.
"Tak apa, tapi kamu tak penat ke? kamu kan baru je sampai" tanya Tan sri Raikal.
"Boleh lah, Ray rindu pulak nak hang out dengan kawan-kawan." beritahu Rayyan yang menampakkan barisan giginya yang cantik.
"Aik! rindu kawan je, rindu isteri tak pulak." kata Tan sri Wan.
Rayyan terus terkedu. Isteri?? Alamak, lupa pulak yang aku ada isteri. Macam mana boleh lupa ni. Berdosanya aku.
"kenapa diam ni? sampai hati kamu biarkan isteri kamu tu balik sendiri dari Australia." marah Tan sri Wan
Apa!!?? dia dah balik. Kenapa aku tak tahu. memang lah kau tak tahu, kau tak pernah cuba nak contact dia.
"Dah dia yang nak sangat, Ray benarkan lah dia balik awal." balas Ray dengan berhati-hati.
"Kamu ni!" marah Tan sri Wan. "Cepat jumpa dengan isteri kamu tu. Jangan biarkan aje dia dekat rumah orang tua dia. kesian sebab rindukan suami dia ni." kata Tan sri Raikal.
Rayyan terus keluar daripada rumah dan terus pergi ke rumah mertuanya.