**Chapter 5**

20 2 0
                                    

Dah kering idea lah pulak, sorry kalau tak seronok cerita yang saya buat ni.

Rayyan akhirnya sampai di mahligai Dato Malik. "Assalammualaikum." salam Rayyan.

"Waalaikumsalam, eh Rayyan kamu dah balik." kata Dato Malik. "Bila kamu sampai ke Malaysia?" tanya Dato Malik.

Rayyan terus menyalami tangan Dato Malik" Tadi pagi daddy, Liya mana daddy?" tanya Rayyan.

"Dia ada dekat atas tu hah, lepas sembahyang Isyak je terus berkurung." beritahu Dato Malik. "pergi lah naik, tak tahu dia tidur ke tak." arah Dato Malik.

Rayyan mengangguk dan terus naik keatas. Rayyan membuka pintu bilik dengan perlahan takut mengejut kan Liya.

Liya yang membaca buku terus memandang ke arah pintu yang tiba-tiba di buka dari luar.

Alangkah terkejutnya Liya siapa gerangan lelaki di hadapannya. Rayyan!

Liya yang duduk di atas katil terus menghampiri Rayyan yang berdiri di sebelah pintu. Liya terus menyalami tangan Rayyan yang kaku memandangnya.

"Bila abang balik? kenapa tak call Liya?" tanya Liya dan terus memeluk Rayyan. "Liya rindu abang, rindu sangat."

Rayyan terkelu seribu bahasa. Benarkah wanita di hadapannya ini isterinya ataupun dia sedang bermimpi.

Liya yang sedar kelakuan pelik Rayyan terus memandang Rayyan. "kenapa ni abang? ada apa-apa ke." tanya Liya hairan.

Rayyan menggeling dan merenung Liya yang semakin cantik. Rambut yang dulu nya serabai kini rambut itu menjadi ikal. kulit yang dulu kuning langsat kini putih gebu, wajah yang dulunya berjerawat kini bersih tanpa ada satu pun bakat di wajahnya tanpa alat solek. Badannya yang dulunya berisi kini langsing seperti badan model hollywood dan gigi yang dulu nya ber braces kini tersusun elok.

Ya Allah, cantik nya perempuan di hadapannya ini. Betul ke dia isteri ku yang aku nikahi selama 3 tahun.

"Abang! Kenapa dengan abang ni?" kejut Liya. Rayyan yang tadi merenungnya terus tersedar.

"Liya ke ni? atau orang lain." tanya Rayyan.

Liya ketawa, "Yelah, takkan isteri sendiri pun dah lupa. baru 3 tahun tak bersua, belum lagi 10 tahun." kata Liya yang ketawa. Apalah abang ni.

Jantung Rayyan berdebar-debar mendengar tawa isterinya. merdunya ketawa dia.

"abang tak rindukan Liya ke?" tanya Liya dengan muka comelnya.

kenapa kau buat muka comel macam tu. Jantung aku ni dah lah berdebar-debar.

"peliknya abang ni! takpe lah kalau tak rindu" Liya berasa sedih. Tiba-tiba lengannya di tarik dan terus di peluk Rayyan dengan erat.

Liya tersenyum gembira. Takpelah kalau pelukan ni cuma sementara atau sekadar menyamankan hatinya. Dia sudah sangat bersyukur kerana buat pertama kalinya di peluk oleh suami tercinta walaupun tidak ada balasan perkataan rindu di hati suaminya. Liya membalas pelukan suaminya.

___________________________________________

Sorry kalau chapter ni pendek.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 02, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta itu?Where stories live. Discover now