Gadis Kedai Tom Yam

387 8 3
                                    

Aku dengan langkah yang longlai terus menuju kekedai Tom Yam seberang jalan.Aku menarik kerusi lalu duduk sambil tercengang dan kekeliruan.

" Minum abe.?" Satu suara lembut menyapa aku.
" err..Bagi Air kosong..ha'ah air kosong."Aku memesan sambil blur
" make..?" Gadis itu menyapa lagi dalam longhat pantai timur.

" makan tak." aku terus berkerut dahi,lalu dengan rasa ketidak puashatian aku,aku terus bertanya kembali,sementara gadis itu masih tercegat menulis pesanan aku.

" Kedai buka jam berapa?"
" jam 5 dah buka abe." Gadis itu menjawab tanpa sangsi.

Aku mengangguk,sambil memegang bibir seperti seorang profesor yang sedang berfikir.

Aku memandang sekeliling,aku perhati yang duduk makan dikedai itu semua manusia,mustahil sungguh.Aku berdiri disini tadi petang,mana mungkin aku silap tempat.

"Air abe"
"Amboi cepatnya.." seloroh aku cuba mengajak dia berbual lagi.
"Air kosong je abe,bukan ABC".jawab gadis itu dengan selamba

"Eh,awak..nak tanya ni..busy ke?"
"Sibuk la,banyok kerja ni ha" jawab gadis itu dengan bahasa Melayu yang tepat lagi baku.

"Oh,ok tak apa "

Aku terus memandang pelanggan-pelanggan lain,semua seperti sedang mengata-ngata tentang aku.Oh,baru aku teringat,kedai tom yam ni agak famous buat jejaka-jejaka single melepak makan nasi bujang hasil dari layanan gadis tadi.Aku mungkin antara orang yang gagal mereka sedang perkatakan,sebab..dalam banyak-banyak orang yang makan kat kedai ni,handsome macam mana pun,belum seorang pun dapat nombor telefon gadis tadi.

Aku harus balik,kuali dah mula bunyi kelentang,kelentung,itu tandanya abang gadis itu didapur sedang meluahkan kemarahan.

" fueweetttt...!!" Aku cuba bersiul memanggil gadis tadi,sambil tangan menunjukkan isyarat kira.Gadis itu menunjuk ke kaunter.Ah..malas betul nak bangun pergi kaunter.

Aku terus bangun menuju ke kaunter,nasib baik dia yang ke kaunter,kalau abang dia,memang secara automatiklah muka aku berubah kepada selamba dan serius.

"Berapa,?"
"2 posen."
Aku terus menghulurkan 5 posen.

Alangkah terkejutnya aku,gadis itu kembalikan 3 posen berserta kertas koyak kecik.Aku dah boleh agak,ni mesti nombor telepon tak pun facebook id,insta,atau twitter.Ok,aku tersenyum sambil memandang sekeliling dengan lagak sombongnya.Pelanggan lain hanya memandang kehairanan.Mereka semua gagal,aku hari ini ada luck ooo..

********

Aku terus menuju kerumah sambil menjinjit plastik berisi dorayaki didalam tupperware yang dipinjamkan gadis sailormoon,sampai didepan pintu pagar rumah,aku cuba memandang kembali kehujung jalan.OK..comfirm,kedai dan simpang jalan masih wujud.Aku benar-benar waras.

Aku pun memutar tombol pintu,setelah selipar dilepaskan,Aku terpaku didepan pintu seketika.Teman serumah aku sedang comot kusyuk melantak dorayaki yang aku beli petang tadi.TV berkumandang musik permulaan berita tv1,Aku sambil berjalan mata melirik kearah teman serumah aku yang sedang asyik mengunyah gagah setiap gigitan dorayaki.Mulutnya berhenti mengunyah dan terus memandangku badi.Aik..macam buat dek jer,.

" Aik..mana kau dapat apam balik aku ni?" Aku terus bertanya sambil meletakkan plastik berisi dorayaki didepan teman serumah aku itu.

"Aku tengok ada kat atas lantai depan tv,aku tibai je la." jawab teman serumah aku dengan selamba.

Aku tercengang,sambil membuka ikatan plastik berisi dorayaki.

"Nah,ni ada lagi..makanlah kau puas-puas." aku menghulur tupperware berisi dorayaki kepada teman serumah aku.

"Eh..Aku nak tanya ni lagi sekali..betul ke? kau jumpa apam balik ni depan tv??"

" Ehlemek..macam tak kasi aku makan jer?,betul la..aku jumpa depan tv..rileks laa..bukan aku makan habis pun,ni kau bawa balik banyak-banyak ni,bukan kau boleh habis pun." Teman serumah aku membebel sambil mulut tidak berhenti mengunyah,aku pulak kena memahami setiap perkataan yang dia cuba sampaikan sambil mulut mengunyah.

"Tak ada lah,Aku tadi letak depan tv la..pastu..ahh..tak ada pa lah..." aku terus mematikan cerita.

"Buto ar! kau ingat aku curi? sembunyikan apam balik kau ni? benda makan kot..." Teman serumah aku berhenti mengunyah sambil mempertahankan kejujurannya.

"Ye la..ye la..Aku salah,mungkin aku lupa tadi..rileks ar..dah..dah..sambung makan,menyampah pulak aku tengok kau mengunyah sambil bercakap ni.

Aku terus kedapur mengambil pinggan,aku letakkan dorayaki kedalam pinggan.Sambil menuang air kedalam mug hitam sumpik tepi,aku kembali membuka pertanyaan yang masih mengkelirukan kepala otak aku ni.

" Ini apam balik kan?" Aku bertanya kepada teman serumah aku.

"Aduh,kau ni dah kenapa? apam balik la,apa? kau ingat ni pizza? apam balik la bro..stone ke ape?"

" Aku tanya jer..eh.eh..kedai Tom Yam kat seberang jalan tu buka lagi kan?" Aku membuka soalan yang membebalkan lagi.

"Tadi kau lalu tak nampak?tak nampak awek putih kedai tomyam tu?"

"Buka..tapi...." belum sempat aku menghabiskan tapi aku.

"Kalau kau nampak buka,maknanya buka la tu,tanya aku lagi pasal apa.?" Teman aku mula meninggikan key note suaranya.

"amboi marah nampak." Aku cuba memujuk

Teman serumah aku terus bangun menuju kedapur dengan muka moody tahap meyampah.

"Der..nanti aku ganti balik apam balik kau ni,aku baru bangun tidur,lapar..aku lapar..diulangi lapar,Tak akan makan seketul dua nak berkira." Aku tercengang melihat respon merajuk teman sebilik aku itu yang makin mengada-ngada.

Teman sebilik aku terus masuk kedalam bilik,sambil membawa botol air mineral.Aku terus mengeleng kepala,lalu mencari remote control untuk menukar siaran yang dari tadi membebel apa ntah si orang tua pakai cermin mata suara abang-abang tegas.

sambil tangan menekan-nekan button siaran,Aku terdengar dari bilik air didapur seperti penutup jamban duduk ditutup.Seperti ada orang yang sedang mengunakan mangkuk jamban duduk ketika itu.

Aku menoleh jam dinding sambil manarik nafas yang terkejut.Setahu aku tak sampai beberapa saat yang lepas,teman sebilik aku baru sahaja masuk bilik.Siapa pulak yang duduk dalam bilik air ni?

Sedang aku terngendap-ngendap untuk menuju kedapur,Bunyi handphone memecah kebuntuan.

"Hah! Haloo.."

"Dompet abe tinggal kat atas kaunter tadi,bila nak mai ambik?"

Gadis kedai tom yam menelefon aku,aku terlupa dompet aku yang aku letakkan diatas meja kaunter pembayaran tadi,kerana terlalu kontrol macho,aku terlupa dompet aku.

"Oh,sorry..sorry..esok petang saya datang ambik,simpan dulu..terlupa la pulak."

" Okay." Gadis tom yam itu terus mematikan panggilan,belum sempat aku bertanya dari mana dia mendapatkan nombor telefon aku.

Aku terus bersandar didinding,aku hampir terlupa scene menakutkan tadi.Aku kembali menjengah ke arah dapur,Sepertinya perasaan takut tadi sudah hilang.Ah..aku kembali ke ruang tamu,duduk didepan tv sambil tangan kanan mencapai dorayaki.Selepas satu persatu dorayaki aku kunyah,mata aku mula kuyu.Seperti ada sesuatu yang membuatkan aku seakan-akan lemah dan mengantuk.Sedang kepala otak berfikir melayang terkenang gadis sailormoon dan gadis kedai tomyam,mata mula kabur,kelopak mata mula berat..dan akhirnya menjadi gelap..




Kisah Di Sebalik DorayakiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang