20 Saat

193 2 6
                                    

  Masa seakan terhenti. Debu yang terlihat berterbangan dibayangi cahaya senja menusuk cermin cafe itu sepertinya statik seolah terhenti sekali dengan masa, terhenti bila Aminah membuka mulut memula bicara, "Sayang, asal you busy sangat sampai susah i nak jumpa you..you ada perempuan lain ke ??". Soalanya ringkas tapi cukup untuk mencetuskan reaksi tak senang duduk Ali, semacam tengah dudukkan pokok kaktus.

  "Eh you gila ke apa..i cuma busy seminggu dua ni sebab company i dapat tender baru laa sayang..hah itu je..celah mananya i ada pempuan simpanan ni..yang i ada cuma kerja yang tak pernah sudah dan you aje dalam hidup i..nanti settle aje semua kerja, i janji akan spend masa dengan you balik eh..kita tengok wayang lepas tu deting kat mamak macam dulu dulu eh..sorylah sayang."  Tenang Ali sambil dibasahi peluh jantannya cuba melepaskan diri dari situasi kekok dek soalan tadi.

  Aminah membalas dengan ketawa kecil, "hahaha i gurau jela you..i tahulah you busy, saje je kacau you..i tak pernah terfikir pun you ada perempuan lain..yela you bukannya kacak mana pun..love you so much sayang !!."

  Gurauan rupanya, tapi bagi Ali tadi ia persis krisis perang nuklear antara blok soviet dan barat jika ditanya pada skala berapa seriusnya soalan itu. Harfiahnya ia hanyalah gurauan Aminah.

  Ya gurau.

  Masa yang terhenti tadi kemudian bergerak perlahan ala slo-mo video iphone 5s seiring dengan hakikat yang baru Ali cerna, ia cuma gurauan Aminah. Ali menatap wajah ceria Aminah ketawa kecil menampak betapa bahagianya dia dapat kenakan Ali, terasa sungguh perlahan masa berganti detik demi detik sehingga Ali pula tersenyum seolah melihat gambaran dihadapannya adalah bidadari syurga dia nanti.

  Walhal dua puluh saat tadi hampir gugur jantung Ali dibuatnya dek penangan soalan random main main Aminah.

  Dua puluh saat.

  Dua puluh saat yang paling lama dalam sejarah hidup Ali pada kiraan kakilatornya. Mati mati dia ingat tembelang dia dah pecah dan Aminah tahu dah yang dia sebenarnya memang pun ada skandal, yang konon dia 'busy' hanyalah sebab Ali layan hobbit kt wayang dengan skandal dia dan bukanlah sebab kerja sangat, yang akhirnya membawa kepada konklusi bahawa dia sedang melalui detik fasa dilema sama ada tiga tahun mereka bersama adakah ia cukup menyakinkan yang Aminah inilah tulang rusuknya yang hilang itu dan akan melengkapkan puzle terpenting dalam kehidupan Ali. Bak kata Abu, penasihat yang meletakkan Ali dalam situasi ini "kau kalau rasa relantionship kau hambar, apa kata kau cari skandal sorang..cuba spend masa dengan skandal tu..cuba cari apa sebenarnya yang kau cari..cuba tengok samaada kat hujung pencarian kau tu masih ada lagi watak Aminah atau betullah dia bukan untuk kau..rilekslah, takde apa yang kau rugi pun."

  Itulah nasihat Abu yang Ali pegang. Tak pastilah sama ada ia nasihat paling bijak atau celaka sebab dua puluh saat tadi secara metaforanya telah menampar kuat Ali untuk buatkan dia tersedar apa yang dia dah miliki 3 tahun lepas dan apa yang dia inginkan 60 tahun mendatang, Aminah la orang dimasa lalu dan hadapannya. Senyuman kecil yang melihatkan sisi naif Aminah dalam mode slo-mo menyakinkan lagi Ali bahawa pencariannya sudah berakhir, bahawa kesilapan dek bergurukan nasihat bijak atau celaka Abu hampir memakan dirinya tapi ironinya nasihat celaka itu jugalah yang menamatkan kecelaruan persoalan mana rusuknya akhir akhir ini.

  Aminah pelik melihat ragam Ali. Ali tersenyum sorang sambil memandang cawan teh tarik dia, "eh you gila ke apa ni senyum sorang sorang..dah nak magrib ni..jom la hantar i balik."

  Ali cuma membalas sapaan Aminah tadi dengan senyuman paling ikhlas dia pernah kuntumkan "jom sayang..i love you too sayang..so much."

20 SAATWhere stories live. Discover now