2

2K 88 3
                                    

Athirah merebahkan tubuh lesunya di atas katil. Terasa penat sungguh dia hari ini. Padahal tak ada satu benda pun yang dilakukannya. Sejak dari pagi, dia hanya duduk di ruang tamu menonton televisyen.

Dia memejamkan mata. Tangan kanannya diletakkan di atas dada kiri. Cuba mencari degupnya jantungnya sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Athirah membuka mata kemudian bangun membetulkan duduk. Puan Ila melangkah masuk sambil menatang sebuah dulang berisi semangkuk sup ayam bersama sepinggan nasi putih dan segelas air kosong. Dulang di letakkan di atas meja kecil di tepi katil. Sebuah kerusi yang diletakkan bersama sebuah meja ditarik lalu dia melabuhkan duduknya di situ.

"Ni ibu bawa sup ayam. Tirah tak makan pun lagi hari ni. Tak lapar ke?"tanya Puan Ila lembut. Matanya memandang ke arah wajah anak daranya itun

Athirah menggeleng perlahan. Dia tak punya selera. Setiap kali dia makan, macam ombak besar terasa di dalam perutnya. Dia pasti muntah selepas itu.

"Makanlah Tirah. Ibu suap sikit nak? Tengok badan tu, dah susut dah. Ibu risau tau,"pujuk Puan Ila lagi. Dia bangun dari kerusi lalu duduk di birai katil.

Belakang tangan Athirah disentuh. Jari jemari Athirah yang runcing itu digenggam erat.

"Lepaskanlah dia pergi, Tirah. Jangan macam ni. Kesianlah pada dia."

Athirah menggeleng berkali-kali. Bukan tak mahu tapi tak mampu.

"Rindu ibu. Rindu sangat."

Puan Ila memeluk erat bahu Athirah. Senyum tawar terukir di wajah.

"Ibu tahu. Tapi bila Tirah begini, dia kat sana jadi sakit. Tirah tak kesian? Lepaskanlah dia dari hati Tirah. Biar dia pergi dengan tenang."

Athirah berpaling ke sisi lalu dirangkul tubuh ibunya ke dalam dakapan. Menggogoi dia di bahu ibunya.

"Kenapa Afnan, ibu? Kenapa bukan orang lain? Dah banyak yang kami rancang. Tapi semua tak kesampaian."

Makin menghujan tangis Athirah. Sebaknya bukan kepalang. Dia benar-benar mengharapkan yang indah-indah bersama Afnan. Lelaki yang telah lama memenangi hatinya itu.

Bukan dia tak mahu terima apa yang berlaku. Sudah puas dia cuba, namun akhirnya dia akan terduduk dek tertewaskan hatinya sendiri.

Athirah merebahkan kepalanya di atas peha Puan Ila. Tangan lembut ibunya mengelus-elus rambut panjangnya.

"Tirah, dalam dunia kita ni bukan semua benda kita rancang menjadi. Kadang kala tersasar juga. Tapi itu semua aturan Tuhan. Tirah kena lawan dan bangun semula. Ada banyak benda Tirah kena kejar dalam hidup ni. Banyak yang cantik-cantik, yang membahagiakan. Bolehkan nak?"

Suara lembut Puan Ila menyentuh hati Atirah. Dia bangun duduk bersandar di kepala katil. Rambutnya yang lepas bebas tadi disanggul tinggi.

"Macam mimpi ibu tiba-tiba dia tak ada. Payah hati Tirah ni nak terima. Tapi percaya kepada qada dan qadar Allah itu satu kewajipan."

Senyuman diukir pada wajah. Belakang tangan Puan Ila diraih lalu digenggam. Dia tunduk mencium tangan wanita yang telah membesarkan dia selama 22 tahun ini.

"Tirah cuba ibu. Tirah cuba semampu Tirah. Maafkan Tirah kalau dah buat ibu risau." Air mata yang mula gugur dikesat dengan hujung jari.

Puan Ila menarik Athirah ke dalam dakapannya. Lalu dipeluk erat. Syukur Tuhan! Akhirnya doaku dimakbulkan juga.

"Dah. Taknak nangis. Makan ni. Esok, pergi kuliah eh? Suraya bising dah tu takde geng nak bergosip kat kampus katanya,"kata Puan Ila.

Mangkuk sup diangkat lalu disuapkan sup ke dalam mulut Athirah. Katanya tak mahu nasi. Makan sup dah cukup.

"Aya tu ngade je, ibu. Kuat bergosip. Perangai dari sekolah tak berubah-ubah,"jawab Athirah. Bukan dia tidak tahu peel sahabatnya itu.

"Kawan baik kamu jugak! Kamu ada berapa sem lagi nak habis study ni?"

"Dua ibu. Kenapa?"

"Lepas ni jadi cikgulah ya? Cikgu Athirah."

Pecah tawa dua beranak itu memenuhi ruang kamar yang dihuni kemurungan beberapa hari kebelakangan ini.

Doa si ibu semoga Tuhan memberikan anak gadisnya itu kekuatan hati. Bukan kecil dugaan yang satu ini. Namun dia yakin, Athirah mampu.

* * * * *

Telefon dilekap ke telinga. Jeritan kuat dihujung talian membuatkan dia hampir melemparkan telefonnya ke dinding. Terkejut.

"Kau kenapa perempuan? Pekak telinga aku ni!" Suara ditinggikan. Geram.

"Sorrylah. Aku teruja kau jawab called aku ni."

"Macamlah aku tak pernah jawab? Kenapa called ni? Jumpa pakwe baru ke?"giat Athirah.

Suraya yang dia kenal, mata tu tak boleh nampak lelaki kacak. Ada saja idea nak dikenakannya.

"Taklah. Nak ajak kau pergi camping. Kat Kampar. Nak?"

"Bila? Aku tak sihat lagi ni Aya. Malaslah."

"Ala. Jomlah! Ada 2, 3 orang senior nak ikut. Akukan ada. Aku jagalah kau nanti,"pujuk Suraya.

Bersungguh mahu Athirah menyertai perkhemahan ini. Siapa tahu, hati Athirah akan pulih selepas ini. Semalam apabila Puan Ila menghubunginya memberitahu bahawa Athirah dah semakin pulih, bukan kepalang gembiranya.

Hati dia sendiri rungsing melihat Athirah begitu sejak pemergiaan Afnan. Hendak dipujuk, dia tak tahu cara. Cakap berlebihan, air matanya turut sama mengalir bersama-sama Athirah. Apabila mendapat tahu keadaan Athirah itu, dia benar-benar bersyukur.

"Aku tanya ayah dengan ibu. Dorang bagi, aku on. Nak kena bagitahu keputusan bila?"

"3 hari lagi okaylah. Kau ikut eh? Tak syioklah aku kau takde."

"Eleh. Abang-abang senior tu ada. Boleh temankan kau."

Terdengar tawa Suraya dihujung talian. Athirab senyum senget. Dia rindu kampus. Rindu kelas. Rindu Suraya.

Rindu Afnan.

"Apa-apa aku bagitahu nanti. Okaylah. Assalamualaikum."

Talian terus diputuskan. Dia bangun berjalan menghampiri jendela. Merenung keluar, ada bulan di atas langit sana. Bercahaya terang. Taburan bintang di sekelilingnya, menghadirkan ketenangan dalam diri.

Tangannya memegang dada. Bibirnya tersenyum. Nama yang telah diukir di situ, akan selamanya di situ. Tak mudah untum dia melangkah. Tapi dia perlu lakukan.

Bagaimana sukar, hidup harus diteruskan. Tak guna dia meratap. Yang telah pergi, takkan pernah kembali. Yang tinggal hanya kenangan yang memenuhi kotak memori. Dan hanya itulah harta yang paling berharha yang dka punya.

Hidup harus diteruskan. Akan diajar hatinya dengan ketabahan dan kesabaran. Moga dia mampu.

Seorang AthirahWhere stories live. Discover now