3

1.6K 75 13
                                    

Beg baju dikemas lalu diletakkan di tepi almari pakaian. Kata Suraya perkhemahan itu nanti tiga hari dua malam. Tak lama pun. Satu beg rasanya sudah cukup. Bukan ada apa pun yang nak dibawa bersama.

Athirah menghampiri katil. Bingkai gambar yang terletak di atas meja kecil itu dicapai. Gambar sewaktu zaman persekolahan mereka dulu. Di dalam gambar itu ada dirinya, Suraya, Afnan dan Idlan, kawan baik Afnan merangkap buah hati Suraya.

Jarinya dilarikkan di atas gambar yang menyimpan seribu satu kenangan itu. Bibirnya tersenyum tipis.

Allah, rindunya aku pada dia!

Bingkai gambar diletakkan kembali ke atas meja. Dia memanjat naik katil lalu berbaring mengiring. Bantal peluk di sisi ditarik rapat ke dada. Matanya dipejam.

Dia mahu tidur. Sekejap pun tak apalah. Moga Afnan muncul dalam mimpi. Mengubat rindu yang tak pernah padam.

Namun baru sahaja mata ingin dilelapkan, pintu bilik diketuk perlahan. Terjengul wajah Puan Ila di balik pintu.

"Boleh ibu masuk?"pintu dibuka lebih luas apabila Athirah mengangguk tanda membenarkan.

Katil Athirah dihampiri lalu Puan Ila melabuh duduknya di birai katil. Athirah berganjak sedikit ke tepi. Memberi ruang buat ibunya.

"Study okay? Tadi petang ibu tunggu Thirah balik tapi tak sampai-sampai. Ibu keluar kejap pergi kedai. Balik tengok kasut Thirah dah tersusun kat rak. Pukul berapa balik?" Hati tuanya resah menunggu anak gadis tak pulang-pulang. Fikir yang tidak-tidak tak lepas dari kepala.

"Thirah ke mana sayang lambat balik?"soalan diulang lagi setelah dilihat Athirah diam membatu.

"Thirah ke kubur?"Dia cuba menerka. Lambat-lambat Athirah menganggukkan kepalanya.

"Sorry ibu sebab tak bagitahu. Sorry sebab buat ibu risau. Telefon habis bateri. Tak boleh nak call ibu bagitahu." Dia bingkas duduk. Bahu ibunya dipaut erat. Rasa bersalah dah buat ibunya bimbang.

Sebetulnya tadi dia ingin memberitahu ibunya yang dia nak singgah menjenguk kubur Afnan tapi dia baru perasan yang telefonnya kehabisan bateri masa dia sudah sampai di tanah perkuburan. Dia sendiri tak merancang nak ke sana.

Puan Ila senyum tipis. Tak susah nak teka apa dalam hati anaknya ini. Segalanya seolah mampu ditembusi. Lagi pula naluri seorang ibu tak pernah berbohong.

Tangan Athirah yang dibahunya ditarik turun ke peha. Diusap perlahan. Terasa matanya basah. Tak! Dia tak boleh menangis di sini. Nanti anaknya akan lebih terbeban.

"Tak apalah sayang. Ibu tengok anak ibu dah balik pun okay dah. Tak risau dah. Ni lapar tak? Ibu buat bubur jagung. Nak tak?" Puan Ila menyoal sambil tersenyum. Dia tahu itu adalah bubur kegemaran Athirah. Mustahil untuk ditolak.

"Nak ibu! Thank you!"

Puan Ila tertawa melihat keletah anak gadisnya. Hati tuanya tahu. Keceriaan itu bukanlah seratus peratus datang dari hati Athirah. Hati anaknya itu belum pulih. Apatah lagi semangatnya. Diragut pergi bersama-sama perkhabaran duka tempoh hari. Namun sebagai seorang ibu, dia mendoakan yang terbaik buat Athirah. Semoga segalanya lekas pulih dan kembali ke sedia kala seperti dulu.

"Ibu! Thirah cakap dengar tak? Eeeee! Mengelamun pulak dia,"bebel Athirah sambil menepuk peha ibunya kuat. Terkulat-kulat Puan Ila memandang ibunya.

"Err...Thirah cakap apa tadi?"soal Puan Ila dengan senyum tipis.

"Thirah tanya, kenapa ibu tengok Thirah macam tu? Sampai nak terkeluar biji mata tu." Athirah membesarkan matanya menggayakan bagaimana Puan Ila memandangnya tadi.

"Banyaklah kamu. Dah. Jom turun. Kita makan sama-sama." Puan Ila menarik tangan Athirah memaksanya berdiri. Waktu itulah dia terpandang 2 buah beg di tepi almari. Athirah nak lari rumah ke apa?

"Eh, beg ni nak buat apa? Thirah nak pergi mana?"Puan Ila menyoal dengan kerutan di dahi.

Athirah menepuk dahinya. Tersedar akan keterlupaannya.

"Sorry ibu. Lupa nak cakap. Aya ajak pergi camping. Bolehkan ibu?" Lengan ibunya dipeluk erat.

"Tanya ayah. Ibu okay je." Jawapan daripada Puan Ila melegakan hati Athirah. Dia berharap, ayahnya juga mengizinkan dia menyertai perkhemahan Suraya nanti.

* * * * *

Malam terasa dingin. Di luar rumah, hujan mula turun sejak petang tadi. Athirah menarik selimut sehingga menutupi dadanya. Teringat akan perbualan mereka sekeluarga petang tadi. Encik Rahim melarang keras Athirah melakukan mana-mana aktiviti luar dalam masa terdekat ini. Meskipun pelbagai alasan diberikan, keputusan Encik Rahim adalah muktamad.

"Tapi ayah, Thirah bukan pergi berdua. Ramai-ramai. Ada abang senior juga yang akan jaga kami nanti. Bolehlah ayah,"pujuk Athirah lembut. Matanya mencari wajah ibunya yang hanya menunduk sejak tadi.

"Tak boleh. Thirah belum sihat lagi. Tunggulah dulu. Dah sihat nanti, ayah tak halang dah Thirah nak ke mana pun." Keputusan Encik Rahim tetap sama. Dia tak mahu sesuatu yang berlaku terhadap anak tunggalnya itu. Biarlah dia berkeras sedikit. Asalkan tiada penyesalan di kemudian hari.

Athirah yang sedar tiada gunanya dia memujuk lagi itu melangkah perlahan meninggal ruang tamu itu. Dia memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

"Thirah,"panggil Encik Rahim membuatkan Athirah berpaling ke arah ayahnya.

"Ini untuk kebaikan Thirah. Anak ayah belum sihat betul lagi. Thirah fahamkan?" Lembutnya kata-kata Encik Rahim menggetarkan gegendang telinga Athirah. Lalu dia mengangguk perlahan.

Tak apalah. Mungkin benar kata ayah. Lagipun awal-awal hari itu aku sendiribtak mahu sertai perkhemahan ini. Kata hati Athirah.

Dia sendiri malas mahu beria-ia memujuk. Keputusan ayahnya bukan boleh diubah-ubah. Lagipun, perkhemahan begini bukan tak boleh pergi lain kali. Pujuk hatinya sendiri.

Seorang AthirahWhere stories live. Discover now