Bab 14

3.4K 94 5
                                    

Bab 14

"BADRUL! Awak buat apa kat sini?" soalku terkejut apabila Bad sampai ke pejabatku pada tengah hari itu. Dia berkemeja jalur berwarna biru. Lengan baju sudah dilipat ke siku. Tali leher masih tersemat indah di lehernya. Alamak segaknya. Mukanya serius tanpa secalit senyuman. Eh? Dah kenapa? Datang tempat orang lepas tu tunjukkan muka sinis dia? Sumpah aku lebih rela tengok muka Julia!

"Zahid call saya tadi. Awak ada suruh saya datang ke? Dia ada buat masalah lagi ke dengan awak, hmm?" soal Bad dengan muka seriusnya. Aku menggeleng-geleng menidakkan kata-katanya. Apa pula motif Zahid menelefon Bad? Aku tak suruh pun!

Lagi pula, selepas kejadian dulu, mana ada budak dua orang tu buat masalah dengan aku dah melainkan menyakat aku tak kira masa. Selebihnya, pancit tayar ke, bagi katak ke, memang tak ada. Mereka sudah pandai menjaga tingkah laku mereka sekarang.

"Tak ada. Saya tak ada cakap apa-apa... rasanya..." aku jawab teragak-agak. Memang tak ada rasanya. Memanglah tumpuan aku terganggu dek sms dan panggilan Encik Tunang Tubi tadi tapi aku rasa, tak adalah sampai tahap aku suruh Zahid telefonunclenya. Aku hanya mengumpul dosa kering dengan mengutuk unclenya saja tadi. Selebihnya, tiada!

"Lah! Habis tu macam mana dia boleh telefon tiba-tiba?" soal Bad masih tidak percaya. Dia berpeluk tubuh di hadapanku. Nampak otot-otot lengannya. Ouh! Seksi... eh! Kejap? Zahid telefon dia guna apa? Public phone ada ke kat sekolah ni? Aku tak pernah perasan agaknya. Atau, Zahid bawa telefon bimbit ke sekolah?

"Serius memang tak ada. Manalah saya nak tahu kenapa dia menelefon awak?" aku menjawab dengan muka serius juga. Keningnya bertaut. Aku juga sama melihat keadaannya begitu. Dia garu kening dengan jari kelingking manakala sebelah tangan lagi bercekak pinggang. Mungkin dia sedang sibuk, tiba-tiba Zahid menelefonnya lantas dia terpaksa meninggalkan kerja. Cheh! Ulasan aku bagus benar!

"Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu. Kalau dia nakal-nakal, awak beritahu saya." Bad berkata pula dengan muka tak mau senyumnya itu. Kerek gila!

"Maaflah kalau panggilan Zahid tu menyebabkan kerja awak terganggu." aku meminta maaf bagi pihak anak muridku a.k.a anak saudaranya! His! Patutnya aku tak payah minta maaf pun tak apa. Bukannya salah aku.

"Eh tak apalah. Jay tu memang manja orangnya. Sengaja nak cari perhatian saya agaknya." Bad menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku angkat bahu. No comment.

"Mona, kita ada mesyuarat kat bilik mesyuarat satu. Guru besar suruh berkumpul pukul dua belas setengah kejap lagi." Cikgu Farhan muncul membawa berita yang agak memeranjatkan aku. Ada mesyuarat? Ada yang bestnya tentang mesyuarat ni walaupun aku paling tak suka bermesyuarat. Satu-satunya perkara best ialah, aku tak payah masuk kelas mengajar budak. Budak-budak pun bergembira sakan bila cikgu-cikgu tak masuk kelas.

"Lah! Ye ke? Awak tahu dari mana, Pa'an?" soalku sambil mengeluh. Aku tak suka bermesyuarat sebab aku tak suka satu detik yang dipanggil FORMAL! Aku tak suka bermesyuarat juga sebab aku rasa BOSAN! Duduk dalam tu kena dengar si guru besar membebel. Haish! Bosan...

"Saya pun baru dapat tahu. Ada notis. Lagipun Syakila beritahu saya tadi." Farhan berkata lantas pergi meninggalkan aku dan Bad. Aku pandang Bad, Bad pandang aku. Aku angkat kening sekali, dia angkat kening dua kali. Heee, ada yang kena hayun dengan aku ni kang.

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now