Bab 8

3.4K 91 0
                                    

Bab 8

"AKU cakap dengan kau kan?" suara Julia mematikan ingatan aku pada kejadian petang tadi. Aku meletakkan beg tangan aku ke kerusi. Duduk di situ menghilangkan penat. Julia nampak macam tak puas hati bila soalannya tak dibalas. Aku mendengus.

"Ya, aku balik dengan diorang. Diorang datang sekolah aku tadi. Ada hal penting yang tak dapat dielakkan." aku memberitahu. Tudung di kepala, aku cabut dan sidai di bahu kiri. Julia ni angin pasang ke? Cemberut sahaja mukanya. Bukannya dia tak tahu kisah aku dengan Fareez. Itu pun nak cemburu lagi ke? Tak faham betul aku dengan dia ni.

"Kalau kau risau aku mengurat diorang, jangan risau lagi. Aku tak ada mood nak mengurat dua ekor monkeys tu. Tadi aku balik dengan diorang sebab terpaksa aje. Ada kes urgent. Jangan risau, mak aku dah telefon aku. Dia kata, abah aku tengah giat cari jodoh untuk aku. Minggu depan aku balik rumah. Nak tahu sejauh mana mak dan abah aku dah berjaya dapatkan calon-calonnya. Tak lama lagi, kau dah tak payah nak buat muka meluat setiap kali pandang aku." aku berkata sinis lantas masuk ke dalam bilik. Tak pasal-pasal Irfan dan Bad dapat gelaran monkey. Half-monkey aje sebenarnya. Hahaha.

"Betul ni Mona?" soal Julia bersungguh.

"Yup!" aku jerit dari bilik. Julia terkinja-kinja di luar bersama tawa galaknya. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tudung aku campak ke katil. Tak ada masa nak gantung-gantung.

"Thanks Mona!" luahnya gembira. Whatever, Julia. Aku malas nak ambil tahu hal kau. Aku melangkah ke meja kerjaku di dalam bilik. Laptopku buka. Sudah lama aku meninggalkan kerja menulisku. Aku tak tahu nak sambung novel apa? Atau mulakan novel baru aje senang?

Mata tiba-tiba rasa gatal pulak nak tengok semula kenangan aku dengan arwah Fareez. Aku meninggalkan laptop yang masih terpasang itu dan berjalan ke katil. Kotak di bawah katil aku ambil dan buka. Nota-nota yang berwarna-warni aku tatap sedih. Warnanya sudah usang sedikit. Sudah terlalu lama aku menyimpan nota-nota cinta ini.

Nota pertama aku belek.

"Assalamualaikum, saya dah lama perhatikan awak. Awak comel sangat." nota pertama yang menyebabkan jantung aku hampir terloncat keluar ketika mula-mula aku membacanya. Mulanya aku ingatkan nota tersebut tersalah 'terbang'. Tapi... nota itu sudah terselit elok di dalam sampul yang tertulis, 'buat Mona'! Aku pelik! Siapa tahu nama aku?

Di bawah nota itu terselit, 'sila balas segera dan letak semula dalam sampul ni,'. aku berkerut sakan membacanya. Siapa yang terlalu kuno sangat nak berbalas surat ni? Macamlah telefon bimbit tak ada. Mungkin dia orang susah...

Waktu dulu memang aku tak expect langsung yang dia bakal jatuh suka pada aku sebab aku selalu nampak dia melepak di laman rumahnya sambil mendengar earphone dan melukis tanpa menghiraukan persekitarannya. Nak harapkan teguran, memang taklah! Dia pandang aku pun tidak! Selalunya, aku yang curi pandang dia.

Aku ingat lagi, kali pertama aku pandang dia adalah ketika bila dia membasuh kereta. Dia menegur baik dan aku jawab acuh tak acuh. Malu-malu meow gitu. Selepas kejadian itu, terus dia tak tegur aku dah. Ternanti-nanti juga aku bila dia nak menegur lagi. Tapi hampa... nama dia pun aku tahu bila mama dia panggil dia dulu. Bukan kerana dia menegurku. Bila terserempak dengan dia di laman rumah, aku senyum dan dia hanya menjeling. Selepas itu terus aku tak senyum setiap kali bertentang mata dengan dia. Padaku dia sangat sombong! Mungkin sebab aku yang terlebih dahulu sombong padanya. Hehehe.

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now