"SELAMAT datang ke Hutan Simpan Kaffi!" Firdee Aqasha mengalu-alukan kedatangan kumpulannya dari Kolej Imansyah yang terletak di Bandar Seri Ramen. Sebetulnya mereka datang dalam sepuluh orang, bermakna ada lima pasangan di sini. Cuti semester pertama sudah pun bermula dan mereka mengambil kesempatan untuk berkunjung ke sini bagi merehatkan minda yang berserabut dengan sesi pengajian di kolej. Sekurang-kurangnya dengan hamparan fauna dan flora semula jadi di Hutan Simpan Kaffi ini mampu menenangkan pemandangan mereka.
"Kau pernah datang ke sini ke sebelum ni?" tanya Nisrinah mengejek. Firdee Aqasha hanya tersenyum sambil menggeleng.
"Elok aje dia mengalu-alukan kedatangan kita, macamlah dia dah biasa dengan hutan ni," sokong Zunika. "Tak salah pun kalau aku alu-alukan kedatangan kumpulan kita ke sini. Selain memadu asmara, boleh jugak menghirup udara segar. Kan sayang?" ujar Firdee Aqasha lalu mengalihkan ke arah Era Kasmiran untuk meminta sokongan gadis yang dicintainya itu. Era Kasmiran hanya ketawa halus.
"Belum halal tak boleh memadu asmara lagi. Nanti bila dah halal baru boleh memadu asmara, ya bang." Lain yang diharap, lain pula yang Firdee Aqasha dapat sehingga terletus ketawa rakan-rakannya yang lain.
"Huh, tak boleh harap. Sokonglah sikit buah hati awak ni," balas Firdee Aqasha lalu memuncungkan bibirnya. "Ala...laa... laa... janganlah marah. Gurau-gurau manja pun nak ambil hati," pujuk Era Kasmiran. "Dah, jangan nak buat babak asmara kat sini. Jom tolong aku pasang khemah. Hari dah nak beransur petang ni. Dahuri dan Nizan tolong buat unggun api ya?" arah Jhaznarul, menghentikan babak asmara antara uda dan dara yang baru ingin meletus. Arahan juga diberi pada Syed Dahuri dan Khirulnizan bagi mempercepatkan tugasan mereka pada petang itu.
"Aku nak buat apa?" tanya Zularman yang tidak diberi apa-apa tugasan.
"Kau buat-buat pandai dahlah," usik Khirulnizan spontan. Tidak semena-mena Zularman menayang penumbuk di mata Khirulnizan membuatkan ketawa meletus semula di kalangan mereka.
"Kau tolong Aziham pergi ambil air. Kita nak guna untuk masak malam ni. Perut aku dah bergendang sakan. Lepas solat nanti kita masak ramai-ramai," arah Jhaznarul.
"Nak ambil air kat mana? Kat sini bukannya ada sungai.
Aku tak nampak sebarang sungai pun masa kita lalu kat sini,"luah Aziham.
"Adalah. Aku ternampak air terjun di hujung sebelah sana masa kita datang tadi. Cuba kau orang berdua pergi tengok. Nah, botol-botol kosong untuk isi air," kata Jhaznarul sambil menunjukkan ke arah di mana terdapatnya air terjun.
"Kenapa aku tak perasan ya?" rungut Aziham.
"Sudahlah manis, jom kita pergi sekarang sebelum hari malam," ajak Zularman.
Aziham tidak membantah dan terus membuntutiZularman.
"Hati-hati dalam perjalanan tu. Kau Zular, jangan nak memadu asmara pulak dengan Azi. Aku dengar kau buat tak senonoh, siap kau aku kerjakan," pesan Husnarisyam.
Zularman tersengih. Baru aje aku nak bermanja-manja dengan Azi. Kacau daun betullah si Risyam ni, omel Zularman di dalam hati.
"Kau jangan bimbanglah, takkan aku nak buat apa-apa kat si manis aku. Kan?"
Lirikan mata menggoda singgah pada Aziham. Aziham
malas hendak membalas, hanya memberikan senyuman manis. Selepas menyediakan segala kelengkapan untuk sesi perkhemahan pada hari itu, kaum Hawa telah menyegarkan tubuh badan mereka yang melekit di kolam air terjun yang begitu indah. Seketika kemudian, kaum Adam pula mengambil giliran untuk bermandi-manda. Masing-masing terasa segar dengan air terjun semula jadi itu.
Selesai sesi menyegarkan diri, Jhaznarul selaku ketua pada perkhemahan itu, telah melaung pada rakan-rakannya untuk bersedia solat berjemaah bersama. Itu rutin yang wajib
YOU ARE READING
Kubur Bernyawa
RandomSiNOPSIS Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu. Asalnya mereka ingin menenangkan fikiran sebelum menempuhi semester yang terakhir...