Aku sungguh tak ambil peduli bila orang keliling cuba tahan aku dari rindu kau.
Sungguh tidak.
Apa saja option yang aku ada?
Rindu sajalah !
masakan tidak rindu..
Depan mata tapi aku cuma mampu tatap.
Mulut entah diam jadi bisu kejap.
Kalau bisa aku peluk, sungguh aku akan berlari untuk itu.
Kalau bisa aku letak jemari aku dicelah jemari kamu,
Sungguh aku mahu.
Tapi sayang.
Sayang sangat.
Ada benteng antara kita.
Aku nampak kau. Tapi kau tak lihat aku.
Aku yang sedari tadi cuba lambai,
Tak nampak malah kau berpaling.
Dia nampak bidadari lain.
Beruntungnya.
Aku yang rindu.
Tapi bidadari itu yang lebih untung.
Sebab antara dia dan aku,
Kau pilih bidadari.
Sedangkan aku cuma,
Macam bunga yang tidak menyerlah warnanya dicelah celah bunga bunga merah pekat serta putih suci rupanya.
Tidak dilihat dan ingin dilihat.