- April 10

1.4K 26 1
                                    

Kalau sempurna namanya pokok
Aku ini hanyalah habuk
Dibawa angin aku melintuk
Itik tak sudu ayam tak patuk
Tidak sentiasa diri tersedar
Lalai juga kadang bersandar
Namun tak gemar aku berpagar
Biar terbuka, biarlah biar
Sering aku berpandu rasa
Kata orang itu punca binasa
Namun binasa itulah asal
Tiadalah aku kan rasa kesal
Kadang bicara aku bermadah
Berkias bunga dikata salah
Pada kata terletak akidah
Ceruk hatiku galak berdekah
Berapa berhala mahu ditambah?
Cukuplah satu yang aku suci
Cukuplah satu adanya diri
Biarlah fasik pada pemerhati
Asalku jelas iktikad sendiri.

Himpunan PuisiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang