Bonus Part

680 64 3
                                    

"Min Ah, tu. Tengok dekat sana" Chanyeol menundingkan jarinya kearah Yifan yang sedang dating bersama girlfriend barunya.

"Kenapa?" Soal Min Ah. Tiba-tiba Chanyeol bangun lalu menolak cawan berisi kopi yang berada di atas meja Yifan sehingga kopi tersebut terkena baju Yifan. Dari jauh Min Ah hanya tersenyum puas.

"Padan muka" Kata Chanyeol lalu menarik tangan Min Ah ke tempat lain.

"Chanyeol. Kenapa buat macam tu?" Soal Min Ah

"Biarlah dia. Saja nak tengok muka dia time gelabah" Balas Chanyeol.

"Macam budak-budak" Balas Min Ah

"Min Ah.. Awak tak kisah ke berkawan dengan saya?" Soal Chanyeol

"Tak.. Kenapa? Kau tak suka ke aku kawan dengan kau?" Soal Min Ah

"Bukanlah. Saya senang berkawan dengan awak. Sebab tu saya nak tolong awak" Balas Chanyeol

"Tolong apa?" Soal Min Ah

"Carikan boyfriend untuk awak. Nak?" Soal Chanyeol

"Betul ke ni? Mana? Nak tengok" Kata Min Ah

"Eh eh.. Gelojoh betul dia ni. Jom.. Saya tunjukkan" Kata Chanyeol.

"Cepatlah. Mana?" Min Ah tidak sabar untul melihat lelaki yang dicadangkan oleh Chanyeol itu.

"Tu.." Chanyeol menundingkan kearah seseorang

"Ishh.." Min Ah menyubit lengan Chanyeol "Kau nak badut tu jadi boyfriend aku ke?"

"Aduh.. Bukanlah.. Orang yang saya cakap tu ada di belakang badut tu" Kata Chanyeol "Haaa.. Tu.. Lelaki pakai baju kemeja hitam tu"

"Comelnya..." Kata Min Ah

"Lelaki tu namanya Baekhyun. Budak kolej awak dulu. Pergilah dekat dia. Dia tu peminat nombor satu awak tahu tak?" Kata Chanyeol sambil menolak Min Ah

"Ish.. Malulah aku" Kata Min Ah. Tiba-tiba Baekhyun berjalan menuju kearah Min Ah

"Choi Min Ah?" Soal Baekhyun

"Ya saya?" Kata Min Ah

"Mana awak pergi? Selepas habis kolej hari tu awak terus menghilang" Kata Baekhyun

"Oh.. Saya balik kampung.. Jaga nenek.." Min Ah dan Baekhyun berbual-bual sambil diperhatikan oleh Chanyeol dan Tiffany..

A/n : Eh? Siapa Tiffany??
Mana adil kalau Min Ah seorang yang dah ada pasanganya.. So, watak Tiffany didalam cerita ini adalah sebagai kekasih Chanyeol.. Heee.. Thanks for supporting. Keep voting and comment untuk cerita My Friend is a Ghost okay? Chuuu~♥

My Friend is a GhostWhere stories live. Discover now