Episod 15 : Kebenaran

511 49 0
                                    

"Sepanjang 25 tahun saya bersama awak.. Saya tak pernah nampak awak semangat macam ni" Kata Chanyeol sambil tersenyum

"Haaa.. Sekarang.. Aku nak tanya kau.. Buat apa kau perhatikan aku selama 25 tahun? Maksudnya dari aku kecil?" Soal Min Ah

"Saya perhatikan kau dari kecil..." Chanyeol terdiam

"Untuk apa?" Soal Min Ah

"Sebab.." Chanyeol menghentikan percakapannya

"Sebab apa?" Soal Min Ah

"Sebab dulu awak ada satu penyakit. Setiap malam, mama dan papa awak akan bawa awak kesini" Balas Chanyeol

"Untuk apa bawa aku dalam hutan ni malam-malam?" Soal Min Ah

"Untuk mandikan awak dengan air terjun ni.. Dibawah cahaya bulan" Kata Chanyeol sambil memandang ke arah bulan.

"Aku ada penyakit apa?" Soal Min Ah

"Penyakit Gumiho. Awak ada 9 ekor semasa awak dilahirkan" Kata Chanyeol

"Gu..Mi..Ho? Aku ada ekor? Tapi.. Macam mana aku boleh ada ekor?" Soal Min Ah

"Awak terkena sumpahan dari seekor ibu rubah kerana ibu kamu tidak sengaja melanggar anaknya yang sedang melintas jalan sewaktu kamu dalam kandungannya" Balas Chanyeol

"Aku tak tahu pun tentang perkara ni" Min Ah seperti tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Chanyeol

"Sejak dari itu, saya mula berkawan dengan awak" Kata Chanyeol.

"Berkawan? Tapi masa saya bayi, saya mana boleh bercakap" Balas Min Ah

"Tak payah bercakap. Saya dah 'tanda' awak sebagai kawan saya" Chanyeol tersenyum

"Tanda apa?" Soal Min Ah

"Tanda parut huruf 'C' di bahagian bahu kanan kamu" Balas Chanyeol

"Oh.. Parut tu.." Min Ah terdiam

Bersambung..

My Friend is a GhostWhere stories live. Discover now