Cinta

81 2 0
                                    

Cinta itu satu perasan yang subjektif. Ada orang kata cinta tu cuma sayang.ada orang cakap cinta tu mengambil berat.tapi juga orang cakap cinta tu kena suka sama suka. Terpulang pada kita untuk definisikan cinta tu bagaimana. Bagi aku cinta tu kena ada sayang dan mengambil berat. Cinta pada tuhan,cinta pada keluarga,cinta pada orang sekeliling. Cinta pada tuhan adalah sayang padaNya dan mengambil berat suruhanNya. Cinta pada keluarga kita sayang dan mengambil berat tentang mereka. Begitu juga orang sekeliling. Cinta tak boleh cuma pada mulut. Ia kena buat. Kau tak boleh cakap kau sayang dan ambil berat tapi tindakan kau macam kau tak pernah kisah tentang mereka. Tapi banyak yang tertipu cinta dari mulut macam ni. Untuk manusia la. Untuk tuhan jangan harapla. Kat 'sana' nanti Dia bogelkan kau satu persatu.

Kenapa banyak mereka tertipu dengan cinta dari mulut ni? Sebab cinta mereka termasuk satu lagi yang aku cerita mula-mula tadi. Suka sama suka. Sebab manusia senang suka satu sama lain sebab mulut. Satu lagi dari pandangan. Manusia senang suka satu sama lain kalau apa yang dipandang mereka kena apa yang dia inginkan. Kita selalu inginkan sauatu yang 'perfect'. Tak percaya? Kalau kita letakkan antara shaheizy sam ngan karim anak pak dollah sebelah rumah kita tu, kita pilih siapa? Kalau kita letakkan antara fazura ngan minah anak pak abu jiran belakang umah kita tu, kita pilih siapa? (Sebab tetiba teringat cerita manisnya cinta di capadoccia tu sebab aku pilih nama diorang). Kita tak tau yang karim ngan minah tu punya la sayang dan ambil berat tentang kita. Tapi sebab shaheizy sam dengan fazura tu nampak perfect, kita pilih untuk suka dengan mereka sedangkan diorang tak tunjukkan pun sayang dan ambil berat diorang kat kita. (Aku cerita ni dengan erti kalau shaheizy sam ngan fazura tu suka kat kita laa hehee...). Si karim dengan minah punyalah ikuti perkembangan kita, ambil tau sihat ke tidak kita ni, tapi kita lebih memilih untuk tidak melayan mereka dan lebih terhegeh-hegeh dengan perfecto yang kita pilih tadi. In the end, relationship tu tak pergi ke mana. Lepas tu mula kita doa agar dikurniakan cinta sejati kat kita sedangkan dari mula memang dah ada pun cinta sejati tu.

So, secara kesimpulanya bercintalah dengan seikhlasnya. Sayang dan ambil berat adalah kunci utama. Cinta bukan sahaja untuk memuaskan nafsu, tapi untuk memberi dan menerima kebahagiaan kepada dan dari mereka yang layak. Kepada tuhan, kepada keluarga, kepada mereka disekeliling. Bercintalah!

-2302,wood n steel ttdi-

Secebis rasa Sebuah ceritaWhere stories live. Discover now