Bahagian 1; Let's Begin!

37 3 1
                                    

"Murid-murid semua diminta berkumpul di dewan pada pukul 3.00 petang nanti yer? Kalau lambat Sir akan suruh buat 'bumping'. Nak ke?" Itu yang dikatakan oleh Cikgu Hilal. Guru praktikal aku. Kami semua hanya menjawab, "Tak nak Cikgu,". "Okay sekarang kamu semua boleh bersurai. Ingat berkumpul pukul 3.00 petang tau?,". Lalu kami semua pun bersurai.

Lalu aku (ADILLA), Amalisa,Wawa, Asniza serta Syahira bersembunyi di bengkel. Kami duduk di bengkel kerana ingin merancang sesuatu dan bersembunyi daripada seseorang iaitu Zahimnor. Kami merancang untuk 'buat-buat tak layan' Zahimnor. Cuma untuk bergurau seperti tahun lepas. Aku pun berkata pada Amalisa, 'Weh Amalisa, jom kita buat-buat tak layan Zahim nak?", kemudian Amalisa berkata "Okay jugak. Kita 'prank' dia,". Kami semua pun bersetuju. Masa sekarang menunjukkan pukul 1.15 petang. Kami bersiap-siap untuk sembahyang.

Selesai sahaja sembahyang, kami pun kembali ke bengkel. Aku berkata kepada Amalisa, "Weh Amalisa, jom kita gi makan kat luar. Aku nak makan 'hotdog'. Laparlah",. Amalisa pun berkata dengan ayat yang pendek "Jomlah",. Kami pun keluar dari sekolah dan menuju ke sebuah gerai makanan. Waktu menunjukkan pukul 1.55 petang.

Kami masuk ke dalam sambil menikmati makanan yang dibeli. Wawa berkata kepada aku, "Weh, dah pukul 2.00, jom ah kita masuk sekolah",. Aku cuma menjawab dengan ringkas, "Okay, jom",. Sampai sahaja di bengkel, aku mengambil komik Lawak Kampus dan membaca komik tersebut di bawah meja Ustazah Nor Ailis, kerana aku masih bersembunyi daripada Zahim. Waktu menunjukkan pukul 2.35 petang. Tiba-tiba Zahimnor datang dan berkata "Dekat sini rupanya korang. Penat aku cari. Eh! Mana Adilla?," aku hanya mendiamkan diri di bawah meja Ustazah. Kemudian Amalisa berkata, "Entah, mana aku tau",. Kemudian Zahimnor ternampak kaki aku dan berkata, "Oh, kat situ kau Adilla,". Aku hanya mendiamkan diri dan terus membaca komik Lawak Kampus.

Kemudian... (BERSAMBUNG)..

Salah Kau, Tanggung Sendiri!Where stories live. Discover now