andai aku adalah kenangan yang ingin kau lupakan,
aku mahu jadi pondok,
untuk kau berteduh.andai aku adalah kenangan yang ingin kau lupakan,
aku mahu menjadi udara,
untuk kau bebas bernafas.andai aku adalah kenangan yang ingin kau lupakan,
aku mahu jadi pokok,
untuk kau bersandar,
saat kau lelah dengan dunia.andai aku adalah kenangan yang ingin kau lupakan,
aku mahu jadi bulan dan bintang,
yang menerangi gelapmu.andai aku adalah kenangan yang ingin kau lupakan,
aku mahu jadi selimut,
supaya kau tidak sejuk,
dengan kedinginan malam.andai aku adalah kenangan yang ingin kau lupakan,
aku mahu jadi bantal,
yang melenakan tidurmu.aku mahu jadi semua itu,
supaya aku sentiasa bersama kamu,
walau aku ini,
bukan lagi seseorang yang kau sayang dan cinta.