CUTI 1

301 15 2
                                    

Isnin.Hari pertama cuti sekolah.Harini awal aku bangun daripada tidur,walaupun cuti.Mungkin sebab aku dah biasa bangun pagi.Terdetik dalam hati nak buat homework bio.Aku pun geledah beg.Macam-macam homework aku jumpa.Kimia,fizik,addmath dan bm tapi kerja bio masih belum dijumpai."Mana pulak kerja bio aku ni..?err..ni lah padahnya tak pernah kemas beg..kerja yang dah bincang pun aku masih simpan dalam beg?tak patut.."Satu persatu aku keluarkan dan susun kertas yang ada di dalam beg."Pergh..banyak giler..tetebal lak tu.Ha!!ni pun kau kertas kerja bio..kau boleh menyorok tapi kau tak boleh lari..haha..."Aku hanya mampu gelak pada saat itu memecah kesunyiaan pagi.
Sepuluh minit pertama aku hanya membelek belek kertas bio tu."Awat susah sangat kerja cikgu kasi ni...hmm.."Aku cuba tanya member dalam whatsapp.Namun sia-sia.Tak ada sesiapa pun yang online pagi-pagi ni.Tambahan pula cuti.Diorang mungkin sedang melayan mimpi yang tak pasti akan berlaku dalam dunia realiti.Aku hanya mampu merenung telefon aku.'Bzzz'."Wahh!!whatsapp masuk.."Aku orang paling bahagia ketika itu walaupun masih tak tahu dari siapa dan adakah dia membalas pertanyaan aku.Dia memang balas tapi,dia pun belum buat lagi."Wey..susah ke..?aku pun x buat lagi..releks la..kau ni spoil kan mood cuti je.Aku hanya mampu seen je.Nak reply pun malas je rasa.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi.Dah lama rasanya aku tak pergi beli sarapan dekat warung Cik Yah.Nasi lemak dia memang sedap tapi mahal lah."Ibu..angah nak pergi beli sarapan..nak pesan apa-apa tak??."Kau belilah nasi lemak ke nasi goreng ke untuk adik kau tu.."."Duitnya mana ibu?".Ibuku hanya mampu menjeling dan melihat aku meraba-raba poket yang sudah tentu kosong."Nah!pergi beli cepat..nanti tutup pulak.."."Ok boss".

"Fuhh..kenyangnya..".Makan free memang nikmat rasanya.Perut pun dah penuh,masa untuk chatting dengan 'si dia'.Aku segera mengambil telifon aku yang sedang dicas.
"Wahh!dia online lah...nak type apa ek??hmm.."
"Morning!!"
..............
"Uishh..asal dia tak seen ni..?takpalah aku tunggu jelah..".
Setengah jam aku tengok telefon aku.Dia tetap tak seen. Mungkin dia study atau dia taknak diganggu.
Aku mengisi masa lapang aku pada waktu itu dengan membaca balik antara perbualan kami pada malam semalam.Aku tersenyum seorang diri.Aku tak sangka dia sanggup melayan aku dan membalas chat aku walaupun dia sering tidur awal.Tapi pada malam semalam dia lain.Tak seperti hari-hari sebelumnya.
. . . . . .
Masa berlalu pantas.Petang sudah sampai ke penghujungnya.Namun dia masih belum membalas.
"Main game pun dah bosan..semua aku dah main ni..bila dia nak reply..??kalau dia seen pun dah bahagia aku rasa..malam semalam okey je dia..hmm".Aku hanya mampu mengeluh panjang.
. . . . .
Malam itu aku rasa lain.Sunyi.Aku hanya mampu menunjukkan muka yang muram sambil mendengar lagu pada malam itu.Masih menunggu.
"Angah..kau dah kenapa..?masam je muka..kalah buah mangga..kau dengar lagu ke dengar ceramah tu..?sedih sangat je tengok..".
"Orang dengar lagu lah..".
"Dengar lagu pun buat muka camtu ke?"
"Mengantuk lah ibu..".Aku hanya dapat menafikan perasaan aku ketika itu.
"Dah pergi tidur..esok bangun awal..kunci pintu gate tu dulu..".
"Iyolah".
Terasa berat kaki aku nak melangkah ke dalam bilik.Aku tidak mengantuk langsung ,mungkin sebab malam masih muda.Tapi itu yang aku katakan kepada ibu.Hendak atau tidak,aku cuba melelapkan mata.
. . . . . . . . . .

MenungguWhere stories live. Discover now