BOLEH KE?

88 7 2
                                    

Aku pernah bagitahu dia,aku nak buat sesuatu selepas jawab kertas SPM yang terakhir.Tak semua orang aku beritahu tentang ni.

"Esok last paper!!yeah..lepastu aku nak buat apa yang aku plan selama ni,,hmm..tapi.. boleh ke aku buat??"

Persoalan "boleh ke aku buat??" asyik bermain di kepala otak aku malam tu.

"Angah!!dah buat revision ke belum??termenung je dari tadi.."soal ibu sesudah rancangan feveret dia habis.

"Dah petang tadi.."

"Pergi baca lagi,buat soalan soalan modul tu ke ..esok balik sibuk mengadu soalan susah lah,tak belajar lah.."bebel ibu aku panjang.

"Okey.."balas aku pendek lalu melangkah ke bilik.

"Buku bio..modul bio..mana pulak aku letak tadi..haish.."bisik aku sendiri selepas buku,modul aku tak dijumpai.Maklumlah "bilik macam tempat kucing beranak!" ,nilah ayat yang sering dilontar ibu kalau masuk bilik aku.Bersepah!!Tapi kenapa nak babitkan kucing?Sian dia.

"Dik!!nampak buku angah tak?"soal aku selepas nampak adik aku yang kebetulan lalu depan pintu bilik aku.

"Tak..buku sendiri tanya orang pulak.."

"Blah lah..tak membantu langsung.."

Aku terus mencari buku dalam masa yang sama terdengar adik aku merungut di luar.Aku abaikan.

"Haaa!!ni pun..."sorak aku dalam hati.Lega sikit,yelah dah dekat setengah jam aku bergelut nak cari buku yang bukannya hilang,tapi aku tak perasan,bawah bantal!!Bak kata 'mutiara' "Cari pakai hidung,tak pakai mata".Ni satu lagi ayat ayat sindiran ibu aku.

Aku tetapkan 2 jam lagi untuk aku menelaah subjek ni,yelah last paper,apa salahnya baca banyak.Lepasni dah tak hadap lagi buku ni semua.

Selesai je revision, aku buat keputusan nak tidur.Tapi malam ni tak sama macam malam lain.Aku rasa tak tenang.Otak aku masih ligat nemikirkan tentang plan aku esok.

"Yakin ke aku ni?cane nak cakap?boleh ke aku buat?arghh!!"

Azan subuh mula kedengaran,aku hanya tersedar,badan masih kemas dibaluti selimut nipis aku.

"Angah bangun subuh!siap cepat,pergi sekolah"kata ayah sambil membuka suis lampu dan menutup suis kipas.Ayat yang sama aku akan dengar setiap pagi.

"Hmm.."balas aku lemah."5minit lagi angah mandi.."bisik hati aku.

Matahari mula menampakkan diri.Aku dah bersedia nak ke sekolah dengan motor kapcai aku.Tak sabar rasanya.Sebab apa?Aku pun tak tahu.

"Harap harap aku dapatlah wish dekat dia..last day kot..aku asyik terlepas je peluang.."

Ya.Aku selalu nak wish good luck dekat dia sebelum masuk dewan,tapi..setiap kali aku dekat je dengan dia..mesti ada budak laki yang wish dekat dia.So,aku malas nak kacau,aku akan teruskan langkah ke dewan aku.And harini..

Sekali lagi aku terlepas.Tapi tak apa,aku akan memerhati dari belakang.Kekadang aku cemburu tengok budak lelaki borak dengan dia dekat luar dewan,bincang pasal exam lah,walaupun kawan aku sendiri.Tapi tapi!!siapalah aku ni kan?kan..

Kini tiba masa untuk jawab paper 3 biology!Last paper!! Lega~soalan dia tak terlalu susah.Aku dapat jawab dengan tenang,pantas.45 minit sebelum masa menjawab tamat,aku dah siap.Kertas jawapan aku dah semak lebih 10 minit,aku buat keputusan drastik..keluar dari dewan awal!!

"Dah siap?"soal pengawas peperiksaan yang perasan aku asyik pandang dia.

"Dah!"

"Nak keluar dewan ke?"

"Haah"

"Okey kejapnye.."jawab dia lalu melangkah ke meja utama,ambil benang untuk kertas jawapan aku.

Sesudah je aku keluar dari dewan, aku perasan member aku yang lain pun nak keluar dewan jugak.Sepanjang aku melangkah ke ruang legar,aku masih fikir plan aku.Bila masanya?apa ayatnya?Semua tu muncul dalam kepala aku.

"Kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan"

Ayat ni aku rasa memang dibuat untuk ditujukan dekat aku.Ye..benda yang aku plan semua tak jadi.Aku tunggu masa dia bersendirian,tapi dia asyik berkepit dengan kawan baik dia.Tambahan pula,dia balik awal.So,plan GAGAL.

MenungguWhere stories live. Discover now