Bab 1 (Malang)

2.3K 72 7
                                    

              Hari ini alam menangis sedih. Sama seperti hati milik seorang gadis bernama Eva Elvira. Hatinya meruntun sayu tetapi dia tetap gagahi kaki melangkah ke pejabat. Terasa kasut tumit tinggi bukan pilihan yang baik kerana permukaan jalan menjadi licin akibat hujan tetapi Eva masih tetap menggunakannya.

"Eva!!" Teriakan kuat itu mematikan langkah Eva.

Belum sempat untuk berpaling, percikan air telah membasahi hampir separuh pakaian Eva. Di corong telinganya, kedengaran bunyi hon sebuah kereta yang lalu di hadapan. Semua berlaku dengan sangat pantas.

"Gila ka!!" Maki lelaki di dalam perut kereta tersebut dan kemudian terus memandu pergi dalam kemarahan.

Eva masih terpaku seseolah masih bingung dengan apa yang baru terjadi. Rizal berlari menghampiri Eva.

"Awak ok ke? kenapa tak tengok kiri kanan dulu? kalau tak, hmm..saya tak sanggup nak sebut," kata Rizal seseolah membebel akan kecuaian Eva pada pagi ini.

"Kalau tak sihat, saya hantar ke klinik, ni dah basah ni, elok awak balik dulu, nanti demam pulak," tutur Rizal lagi sambil melihat jam di tangannya.

Sudah terlambat untuk masuk ke dalam pejabat dengan lagak seorang model memperagakan pakaian di atas pentas. Sepatutnya, mereka berdua perlu berlari seperti pelari pecut 100 meter kalau tidak mahu dimarahi bos.

"Takpe..,awak masuk jer, Rizal. Saya kena balik rumah dulu ni," jawab Eva setelah mampu berfikir semula. Eva bergegas berdiri dan meninggalkan Rizal.

Sebenarnya Eva masih terkejut dengan apa yang berlaku. Apabila sampai di tepi keretanya yang diparkirkan, entah bagaimana permukaan jalan licin memberi impak negatif pada permukaan kasut Eva dan terjadilah kejadian tergelincir.

"Aduhh...."

Hari ini sememangnya hari yang malang buat Eva dan lebih malang lagi, Rizal turut menyaksikan kejadian yang baru sahaja berlaku itu. Rizal berlari ke arah Eva dan dia cuba membantu Eva berdiri semula tetapi ternyata kaki Eva terasa amat sakit. Rizal panik.

"Arghh...sakit!! Saya tak dapat berdiri, Rizal," kata Eva sambil tangannya cuba menekan bahagian tumit kaki yang sakit. Perasaan malu pada Rizal membuak-buak.

"Bagi saya kunci kereta awak, saya hantar awak ke klinik, jangan membantah, cepat!," desak Rizal dan kelihatan seperti dia memberi arahan kepada Eva untuk dituruti ketika kecemasan ini.

Eva segera membuka tas tangan dan menyerahkan kunci keretanya kepada Rizal. Memang kali ini, Eva akur untuk menerima bantuan dari lelaki yang berada di hadapannya ini. Rizal mengambil tas tangan Eva dan meletakkannya ke dalam kereta. Eva masih terduduk di atas jalan tar yang basah. Sakit yang teramat.

"Eva, I am sorry for doing this but I have no other choice," Rizal bersuara.

Eva mengangguk. Eva terpaksa berpaut pada tengkuk lelaki itu, keadaan romantis yang pernah Eva saksikan dalam televisyen drama dari negara Korea. Sesungguhnya Rizal bukan orang yang Eva bayangkan untuk berada di dalam sketsa ini.

Ternyata adegan itu berlaku lagi di klinik. Doktor mengesahkan terdapat sedikit keretakan pada tulang bahagian tumit kaki Eva namun tidak kritikal. Eva diberikan cuti sakit selama 3 hari. Sungguh semua ini terjadi tanpa disangka.

"Eva, jangan banyak bergerak ok, elakkan beri tekanan kuat pada tumit," pesan doktor muda itu. Rizal turut mendengar pesanan doktor dengan teliti.

"Encik, make sure your wife take all the medicines as prescribed here," doktor itu mengalih pandangannya ke arah Rizal. Rizal mengukir senyum di bibir.

"Of course doc, don't worry..I will take care of her with all of my heart," ujar Rizal spontan.

Rizal tersengih. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada Eva.

"Ish.." Eva membulatkan matanya tanda protes namun tidak mengeluarkan kata-kata, hanya mampu tersenyum.

Eva berpura-pura untuk tidak melihat wajah Rizal yang masih juga menguntum senyum itu. Dia memimpin Eva masuk ke dalam kereta dan menghantar Eva balik ke rumah. Masalahnya, Eva tidak dapat untuk menghantar Rizal balik ke pejabat semula. Eva jadi buntu. Tiba-tiba Rizal bersuara.

"Kalau awak tak kisah, saya hantar awak balik dulu,then saya guna grab  ke office kalau Hamdan tak dapat nak ambil saya di rumah awak nanti. Ok?" tanya Rizal seseolah dapat membaca apa yang berada di dalam minda Eva.

Eva diam seketika memikirkan jawapan yang sepatutnya dia berikan kepada Rizal. Kalau Rizal menunggu Hamdan di rumahnya, nanti jadi bualan hangat jiran-jirannya yang boleh dikatakan terlalu mengambil tahu kehidupan jiran yang lain. Dalam kata lain, mereka ini ibarat mak cik bawang. Sudah pernah terjadi angkara mulut mereka, pasangan yang baru berkahwin bergaduh besar. Lagipun buat masa ini hanya Eva sahaja di rumah sewa itu kerana penyewa yang lain balik kampung.

"Takpe Rizal, awak pakai kereta saya dulu ke office, nanti saya minta Maziah ambil saya bila saya dah habis cuti nanti, minta tolong awak pass up kunci kereta saya kat Maziah ya," Eva berharap Rizal tidak menolak permintaannya. Lagipun Rizal pernah membantunya suatu masa dulu dan ternyata lelaki ini baik orangnya.

Rizal senyum.

"Baiklah Puan, saya menurut perintah," balas Rizal dengan gelak kecil. Eva lega mendengar kata-kata Rizal. Mereka berbalas senyuman. Eva berterima kasih kerana Rizal bersusah payah membantunya sejak awal pagi tadi.

Dari saat itulah Eva dan Rizal menjadi semakin rapat walaupun mereka berdua telah bekerja di bawah satu bumbung pejabat yang sama selama tiga tahun.

Aku,Dia Dan Pelangi CintaWhere stories live. Discover now