21 Ogos

15 0 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 9.15 malam, sudah 30 minit Omar melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan sebuah tasik mini. Di tenungnya permukaan tasik yang bergemelapan hasil pantulan lampu jingga di sekitar taman itu. Dalam hati Omar mengeluh letih. Letih menunggu Sofia yang kelibatnya belum lagi muncul.

" Haishh. This is bullshit, selalunya dia tak pernah lambat. Selalu on time. Aku yang tak menentu. Parok parok"

Omar bersiul siul santai seakan tiada gundah, keluh dan kesah di dalam hati. Padahal, hatinya berdebar dan menyimpulkan simpulan-simpulan persoalan akan hal 'important' yang ingin Sofia bincangkan. Otaknya turut membahannya dengan imej-imej Sofia meminta putus, Sofia menengkingnya, Sofia melamarnya dan imej itu bersilih ganti. Imej nakal juga mencelah akal.

" Hey.. Sory, I pergi dinner kejap tadi. Jalan pulak slightly jam. Tunggu lama?"

Terputus siulan Omar, hampir melompat dia kerana seperti bunian, suara halus Sofia memecah hening keadaan sekeliling dan kelekaan mindanya.

Tanpa mempedulikan telatah Omar yang terkejut beruk, Sofia terus duduk dan bahasa badannya seakan tidak selesa. Seperti tergesa-gesa. Tiada ramah, tiada santun, tiada ketenangan. Omar kehairanan.

" What? Dinner? What dinner? I thought kita nak pergi dinner lepas ni?"

" Ada I cakap nak pergi dinner? Tak ada kan? So you janganlah buat I pening!"

Nada suara Sofia seakan memarahi Omar. Omar terkesan dengan kasarnya Sofia saat itu. Tak pernah dia dilayan seperti orang asing selama ini.

Omar pandang jauh ke hadapan. Menahan bara yang dirasa dek kekasaran orang disebelahnya hanya kerana sebuah innocent question. Bisu. Omar membatukan diri.

" Awak, sory. I pening kepala sebab rushing datang sini. Sebab tu I macam ni"

"Ehemm, ye."

Omar terus diam, protes secara aman dalam dirinya diharap Sofia akan memujuk. Harapannya layu.

" Stop it Omar. Can we talk now? We have issues to talk about,kan?"

" So, talk" Omar keraskan ego jantan.

Sofia menghadapkan wajah dan badannya ke arah Omar. Menarik nafas yang dalam dan..

" Omar, I think we should break up. I know this seems sudden and unfair but you got to listen first, all right?"

Terkelu Omar mendengar setiap kata yang dihembuskan Sofia. Mulut Sofia ibarat busur dan kata katanya seakan panah beracun. Hati Omar retak, aliran darah tubuhnya berderau. Kelihatan goosebumps di kulitnya. Semuanya seperti horror movie. Semuanya ngeri.

" It's not that I don't love you Omar, seriously I did but you do understand that sometimes hati manusia boleh berubah-ubah kan? I dah cuba you, cuba untuk tetapkan cinta dan hati I untuk you but everything seems hopeless. I kalah"

" You ni kenapa?!" Omar bertanya.

"Kejap awak, dengarlah dulu. I tak sangka semua ni akan jadi. I tak doakan pun tapi ni soal hati dan perasaan. Anyway, I met somebody else belakang you. I don't think I sanggup kata curang but yeah, I curang dengan you. You kenal Khairul?"

" Who the fuck is Khairul?!" Omar sudah tak keruan, dia terus bangun dari pelabuhannya. Iblis dan syaitan di sekeliling sudah meniup aura negative ke atasnya. Kian lama Sofia memberi penjelasan, kian naik amarahnya.

" You. Please? Hemmm.. okay, Khairul lah. Khairul yang I pernah cerita kat you dulu? Yang selalu contact I. Lelaki yang tak pernah kenal erti jemu tu? Dia sekampus dengan I, sama kelas dengan I".

" That Khairul? Khairul yang you halang I dari confront tu? Wah, now I know why you halang I daripada pecah kan muka sialan tu. BABI YOU SOFIA, BABI!"

Omar sudah hilang akal, di maki di hamunnya insan yang sangat dicintainya, insan yang saat itu sudah menyiat kulitnya dengan pisau, mencarik kejam setiap palung hati nya. Kejam. Dia merasakan Sofia sangat kejam.

" What Omar? What?! You cakap I apa?"

Menitis air mata Sofia, tidak disangka lelaki yang sweet, yang murni perwatakannya, yang selalu tersenyum riang dan tak lekang daripada menyinari hari hari muram nya, sanggup memaki nya.

Hening malam tanggal 21 Ogos jam 9.45 malam, pecah dengan teriakan, pekikan yang bersilih ganti antara dua pencinta. Pencinta yang melukai dan dilukai, cuba menegakkan keadilan dan kemenangan. Mencari setiap inci kesalahan, setiap sudut masalah yang dihadapi sejak dahulu sehingga sekarang. Malam itu, semuanya dihambur keluar. Tanpa dibazirkan sedikit pun sisa hati. Atau mungkinkah Hati itu masih ada?

" I want to kill that guy!" Omar – 21 Ogos, 2150 p.m. Sedang emosi dan ingin menjadi pembunuh.

*****************************


Kalau AdaWhere stories live. Discover now