Zupp!
" Eh, Ya Tuhan! Boleh dompet aku koyak time time ni? Dejei sungguh! Nasib baik time aku baru nak keluar ni kau koyak dompet woii."
Omar mengeluh sambil mengutip duit-duit kertas yang berselerakan di atas lantai. Omar duduk di hujung katil sambil mengira duit nya.
" Satu, sepuluh, dua lima, tiga puluh ja tnggai. Ceh, nampak saja tebal dompet aku ni padahal penuh dengan duit seringgit. Mesti orang ingat aku kaya ni. Hehehe"
Sambil Omar bersembang dengan dirinya sendiri, dia membelek-belek setiap ruang dompet koyak yang dalam masa 5 minit akan di campak dalam laci. Menunggu masa untuk diganti.
Pelbagai kertas-kertas transaksi bank, surat ugutan prank housematenya, kad-kad keahlian yang entah bila dia jadi ahli dijumpainya. Tergelak seorang diri Omar apabila terjumpa barang-barang lama yang menggamit memori. Omar mungkin boleh diklasifikasikan sebagai hoarder (baca: pengumpul) di mana agak sukar untuknya membuang sesuatu benda yang dirasai ada nilai untuk masa depan kelak. Seperti hatinya terhadap bekas kekasihnya, Sofia.
Sedang leka Omar meneroka isi dompetnya, terselit sekeping gambar berukuran passport di bahagian penyimpanan kad. Di celah kad Tesco Extra dan kad keahlian Padini, terselit gambar yang disangka sudah dibuang sekian lama. Gambar passport Sofia. Omar menarik perlahan-lahan objek itu. Dengan rasa hati yang sedikit hiba, Omar amati gambar yang terpampang dihadapannya. Dengan nafas yang seakan bisu, Omar kelu. Dia merasa numb.
" Sofia."
Itu sahaja yang terkeluar dari mulut Omar setelah seminit mengamati. Di elus lembut gambar Sofia dengan ibu jarinya. Mengelus di bahagian dagu Sofia. Omar sebak. Dia sedar, insan ini lah yang paling dia rindu di sebalik kemenangannya selama 9 bulan untuk move on dan membuktikan pada dunia dia ada harga diri, yang dia lelaki yang boleh berdiri teguh dengan dua kaki sendiri walau apa bala yang menimpa. Namun, dunia tidak tahu dan takkan mengerti kerinduan dan keinginan Omar terhadap Sofia. Ada masa lengang, masa malam seakan siang, Omar akan memutarkan lagu-lagu kegemaran Sofia, semata mata untuk merasakan perasaan dan emosi Sofia. Omar percaya, perasaan Sofia yang dia mahu rasakan utuh disebalik setiap bait lirik dan alunan muzik kegemaran Sofia. Itu sahaja cara, itu sahaja yang ada. Omar rindukan Sofia.
Omar melihat ke belakang gambar itu. Terdapat tulisan tangan yang kemas, bulat-bulat cantik tertulis di situ.
" Awk, slgi gmbr ni dgan awak,slgi tu cinta sy mekar & hanya utk awk. Peace!"
Omar termenung jauh, hilang dia dari dunia realiti. Fikirannya melayang, memikirkan apa yang baru dibacanya. Kenapa mesti sekarang dia terjumpa gambar ini? Kenapa mesti masa ini dipilih setelah dia sudah berjaya menggembirakan dirinya dengan rakan-rakan, pakaian berjenama, make-up kereta dan flirting secara membabi buta?
" Why now God? Why?"
" Fuck this shit"
Air mata akhirnya jatuh juga walau Omar cuba menahan. Perasaan yang dipendam selama 9 bulan luluh hanya kerana sekeping gambar bekas kekasihnya. Titik mula leburnya benteng perasaan Omar adalah dengan membaca ayat yang ditulis Sofia 2 tahun yang lalu saat mereka secara rasminya berpasangan. Cukup mudah Sofia merobek hatinya kali pertama, kini terjadi untuk kali kedua. Cuma kali ini perasaan itu lebih lemah, lebih rapuh. Perasaan Rindu dalam hati yang dirasakan sudah tidak mampu ditahan lagi.
Omar menutup pintu biliknya sekuat hati, direbahkan badannya di atas tilam. Sambil mengamati lagi sekali gambar Sofia, dia menyeka air matanya; menarik nafas dalam dalam cuba untuk bertahan. Dia tidak mahu keluar melihat dunia kerana dia malu. Dia tahu langit sudah menyaksikan kerapuhan hatinya.
"Aku rindu, setengah mati kepadamu, sungguh ku ingin kau tahu, aku rindu setengah mati. Aku rindu" – Omar, mendendangkan dengan perlahan lagu Rindu Setengah Mati dari kumpulan D'Masiv.
******************
YOU ARE READING
Kalau Ada
Romance"Kalau Ada" Cerita pendek bersiri mengisahkan perjalanan hidup Omar dan Sofia dalam mencari tiga hal yang membelenggu setiap darah muda. Masa, Kehidupan dan Cinta. "Kalau kehidupan ni bagi kita masa, tentu ada waktu untuk kita bercinta lagi, betui...