I

407 27 5
                                    

El tersenyum melihat roh Sarah menghilang sedikit demi sedikit. Sebaik sahaja keseluruhan roh Sarah tidak kelihatan lagi, El melepaskan keluhan sebagai tanda lega dan bersyukur. Lega kerana satu lagi roh dapat dibantu supaya dapat berehat dengan tenang dan bersyukur kerana kelebihannya dapat dimanfaatkan untuk membantu makhluk Allah yang lain. El membiarkan rambut panjangnya dibelai oleh angin sepoi-sepoi bahasa sementara dia mengatur langkah menuju ke keretanya.

Sepanjang perjalanan ke hospital tempatnya bekerja, El giat berfikir. Siapa dia? Apa yang berlaku sehingga dia berada dalam keadaan tidak tahu seperti ini? Siapakah kenalan dia pada waktu silamnya? Semua itu merupakan antara persoalan yang sering timbul di benak pemikirannya. Sembilan tahun lepas, dia terbangun daripada lena panjang di sebuah bilik yang serba putih, wad hospital.

Kata jururawat yang ditugaskan untuk memantau keadaannya, dia telah koma selama setahun setelah terlibat dalam satu kemalangan di sekolah. Namun, satu kejadian pun tidak dapat diingatinya. Doktor mengesahkan dia mengalami amnesia akibat menerima beberapa kejutan yang sangat besar dalam satu masa.

Kejutan? Apa yang dirumuskan oleh doktor membuatkan perasaan ingin tahu semakin membuak-buak dalam diri El. Bukan dia tidak pernah memaksa dirinya untuk mengembalikan serba sedikit memori silamnya. Setiap kali dia mencuba, pasti cubaannya akan diakhiri dengan serangan sakit kepala yang amat menyeksakan. Paling tidak pun dia akan pengsan apabila tidak dapat menanggung sakit tersebut.

El hampir berputus asa tetapi dia yakin Allah akan membantunya. Pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku pada dirinya. Gadis berusia 26 tahun itu memang tidak akan pernah mengerti erti putus asa.

El memakir keretanya di tempat letak kereta yang disediakan di kawasan hospital. Dia mengambil beg sandang yang berisi dokumen-dokumen penting sebelum keluar dari keretanya. Jubah doktor juga dicapainya dan disangkut pada lengannya. Setelah memastikan semua barang-barangnya telah diambil, dia melangkah masuk kedalam hospital tersebut tanpa membuang masa. Kesemua pekerja hospital yang dijumpainya di lobi hospital disapa dengan ramah. Kemudian dia masuk ke lif dan menekan punat bernombor tiga.

"Arghh!" El terjerit apabila Tya tiba-tiba muncul di sebelahnya. Mujur dia seorang sahaja yang berada di dalam lif ketika itu. Dadanya diurut lembut. "Kau! Next time kau buat macam tu lagi, aku tak nak kawan dengan kau. Kau carilah orang lain yang boleh nampak kau." ugut El. Tya tersengih seperti kerang busuk.

"Sorry El. Aku tak sengaja." Tya meminta maaf. Dia membetulkan rambutnya yang diikat satu dengan reben hitam. Baju kurung putih berkain biru muda yang dipakainya dikemaskan. Kasut putih bertali yang tersarung di kakinya diperiksa. Takut kotor tanpa dia perasan.
El memerhatikan perlakuan Tya. Kadangkala El sendiri tidak faham dengan perangai Tya. Seperti makhluk lain yang pernah dijumpainya, Tya juga merupakan roh. Apabila mengetahui El dapat melihatnya, dia terus mengikut El sehingga gadis itu rimas.

"Seriously, Tya. No one will see you. Kenapa nak kemaskan seragam sekolah kau setiap masa?" El bertanya. Sekali lagi, Tya tersengih.

"Tabiat. Correction. Roh lain dalam hospital ni boleh nampak aku, okey." El hanya menggelengkan kepala melihat roh berbangsa cina di depannya. Ya, Tya berbangsa cina. Dia sangat cantik sehinggakan El sendiri cemburu melihat kecantikannya.

Matanya sedikit bundar, tidak seperti kebanyakan orang berbangsa cina yang bermata sepet. Kulitnya putih melepak. Rambutnya yang hitam berkilat dan lurus berterbangan lembut apabila ditiup angin. Tya kurus dan tinggi. Dia berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun. Jika dia masih hidup, mungkin dia sebaya dengan El.

Pintu lif terbuka dan mereka berdua keluar dari lif. Tya terus setia mengikuti El yang sedang menuju ke pejabatnya. Di hospital itu, El merupakan antara doktor patologi yang amat diyakini kepakarannya. Sebenarnya, kebanyakan kes yang diselesaikan oleh El dibantu oleh roh jasad itu sendiri. El hanya memerah otak untuk mencari jalan supaya segala yang diceritakan oleh roh-roh tersebut dapat ditafsirkan menggunakan istilah dalam sains perubatan.

"Medina Elena!" Panggil satu suara. El terus menoleh apabila mendengar namanya disebut. "Pagi tadi ada satu mayat dihantar ke sini untuk bedah siasat. Saya nak awak jalankan bedah siasat secepat yang mungkin. Dengar cerita, kes kali ni kes besar." Doktor Aswad, seniornya dalam bidang ini berkata. El hanya mengangguk. Dia terus bergegas masuk ke dalam biliknya. Setelah meletakkan beg tangan serta beg sandangnya di pejabat, El terus menyarung jubah doktornya. Kemudian, dia terus berlari ke arah makmal bedah siasat.

"Tengok tu! Ada perempuan tunggu dekat depan pintu makmal."Tya menunding jari ke arah seorang gadis yang bergaun putih. Gadis itu sedikit terapung dan air mata dapat dilihat jelas sedang mengalir dari matanya. El memandang gadis itu tetapi dia pantas menoleh ke arah Tya semula. "Aku tahu. Muka dia menakutkan. Aku yang hantu ni pun takut." Getus Tya sambil menutup matanya.

"Tak payah lah beria tutup mata kau. Sekarang ni, aku nak masuk dalam makmal. Kau pula pergi tegur dia. Suruh dia masuk dalam makmal tu." arah El lalu menolak tubuh Tya ke arah gadis itu. Itulah yang membuatkan mereka rapat. Tya merupakan satu-satunya roh yanh dapat disentuh El. Pada awalnya, El sukar hendak mempercayai bahawa Tya ialah roh. Ini kerana roh yang dijumpai El sebelum ini kesemuanya ibarat angin. Tidak dapat disentuh El.

Menjerit Tya apabila wajah gadis itu dapat dilihatnya dari dekat. Air mata yang mengalir dari matanya bukanlah jernih tetapi berwarna merah dan sedikit pekat. Tya tahu itu darah. Dari bawah mata kiri sehingga ke bahagian kanan bibir gadis itu terkoyak sehingga menampakkan isi dalamnya. Darah mengalir keluar dari luka terkoyak itu. Terdapat kesan kelar yang mengelilingi lehernya. Hanya tulang yang menyambung kepala dan badan gadis itu.

"Err. Hai. Saya Tya. S-saya n-nak s-suruh awak masuk ke dalam makmal tu. Awak kena t-tolong El bedah siasat mayat awak. Ceritakan apa yang d-dah j-jadi. T-tapi, boleh t-tak awak j-jangan tunjukkan k-keadaan diri awak yang m-mengerikan ni?" Tegur Tya dengan gagap. Dalam hatinya dia menyumpah seranah El.

Gadis itu sedikit mengangguk. Anggukkannya juga menakutkan apabila Tya dapat melihat tulang-tulang lehernya bergerak apabila kepalanya bergerak ke atas dan ke bawah. Sekelip mata, rupa gadis itu berubah. Menjadi seorang gadis yang ayu dengan gaun putih bersih tanpa kotoran. Mukanya sempurna tanpa torehan. Leher dan kepalanya melekat dengan sempurna oleh lapisan kulit.

Tya mengeluh berat. Tugasnya sudah selesai. Kini semuanya terpulang kepada El untuk menyelesaikan kes ini.

Mata KetigaWhere stories live. Discover now