MUNGKINKAH? 2

797 20 0
                                    

Arisa memerhati di balik pantulan cermin. Melihat Radhi yang sedang bersiap. Bersiul riang bagaikan seorang manusia yang paling bahagia di dunia. Bibirnya berat untuk bersuara. Malas mahu bertanya. Paling tidak, jawapan yang bakal menjamah telinganya pasti akan menyakitkan hatinya. Biarlah Radhi dengan caranya. Dia sudah bosan bertengkar. Juga sudah tidak kuat lagi untuk terus mempertahankan hubungan yang terjalin.

"Tak nak tanya aku nak ke mana?,"

Arisa menggetap bibir. Berpaling mencari wajah Radhi. Soalan itu seakan sengaja mahu memercikkan api kemarahan. Mencetuskan pertelingkahan seperti biasa. Kalau ikutkan hati yang tidak pernah reda dengan rasa kecewa, undangan pertengkaran itu mahu saja disambut dengan senang hati. Namun, memikirkan pertengkaran demi pertengkaran tidak dapat mengubah apa-apa, dia memilih untuk diam. Merenung wajah selamba itu seketika.

"Rissa tak nak tanya. Rissa cuma nak bincang. Kita perlu berbincang,"ucapnya dingin. Radhi menoleh.

"Bincang apa? Dah ada duit? Kalau tak ada, tak ada apa yang hendak dibincangkan,"selamba Radhi membalas kata-katanya dengan sebaris ayat yang amat menyakitkan hati.

Arisa mengerutkan kening. Sakit di hati, dipinggirkan seketika. Setelah sedikit tenang, wajah Radhi ditatap lama.

"Abang... kenapa abang berubah sampai macam ni sekali? Kenapa abang sanggup lukakan perasaan Rissa macam ni? Apa salah Rissa pada abang?,"

Reaksi Radhi yang sekadar menjongket bahu, membuat hatinya membara. Mengundang geram yang tidak berpenghujung. Senyum sinis Radhi hampir membuat air matanya menitis. Tidak pernah ada ruang untuk dia berbincang dari hati ke hati dengan Radhi. Radhi tidak mahu berbincang tentang masalah mereka.

"Arisa? Are you okay?,"

Imej Radhi hilang perlahan-lahan. Dia mengangkat muka. Bertemu dengan senyum nipis majikannya.

"Encik Karim... sorry. Encik Karim perlukan apa-apa?,"sedikit kalut dia bersuara. Membuang perasaan sedih yang mula menyelubungi hati. Tanpa sedar, masalah dirumah sudah diheret sama ke tempat kerja.

"Awak ada masalah?,"

Arisa menggeleng. Dan gelengannya bersambut dengan senyum lebar Encik Karim. Lembut renungan lelaki itu menjamah wajahnya sambil berpeluk tubuh.

"Awak bukan sehari dua bekerja dengan saya. Kalau ada masalah, selesaikan segera. Kalau perlukan bantuan saya, cerita pada saya,"

Arisa tersenyum tawar. Sekali lagi dia menggeleng sambil menggaru kepala.

"Encik Karim perlukan apa-apa ke?,"Arisa mengulangi soalan yang sama.

"Sure okay ni?,"

Soalannya berbalas soalan. Dia tersenyum.

"Saya okay,"

"Kalau okay, baguslah. And, saya tak mahu apa-apa. Cuma nak bertanya...dah lunch hour. Awak tak makan ke?,"

Arisa termangu seketika. Mata dilarikan pada jam di dinding. Pukul satu tengahari. Rupa-rupanya dia terlalu leka melayan lamunan. Melayan masalah yang membelenggu diri.

"Oh...,"

"Oh?...,"Encik Karim bersuara sambil tersenyum. Arisa mengukir senyum terpaksa.

"Tak perasan...,"ujarnya perlahan sambil mengangkat punggung. Encik Karim tergelak kecil.

"Itu sebabnya saya cakap awak ada masalah. Awak hilang fokus,"

"Pandailah Encik Karim ni...,"Arisa cuba berdalih bersama tawa kecil.

"Memang saya pandai. Dah. Jom...join lunch dengan saya,"

Arisa menggeleng perlahan.

"No, thanks. Saya makan sendiri,"

MUNGKINKAH?Where stories live. Discover now