MUNGKINKAH? 3

1.1K 29 4
                                    

"Hai aunty...,"bersama senyum lebar, suara itu menyapa ceria.

Puan Zahra tersenyum panjang sambil matanya mengiringi gadis yang laju mendekatinya itu.

"Bella... kenapa lambat?,"

Nabila mengerutkan kening. Tangan diangkat sambil mata memandang jam di pergelangan tangan. Dia tersengih.

"Sepuluh minit aje,"dia beralasan sambil memeluk mesra tubuh yang santai bersandar di kerusi itu. Pelukannya berbalas.

"Sepuluh minit pun, lewat juga tu...,"

Nabila tergelak halus.

"Yalah..yalah... Bella minta maaf ya. Sembang dengan mama sebelum datang tadi. Tak sedar terlambat temujanji kita,"usik Nabila bersama senyum lebar. Puan Zahra menggeleng perlahan.

"Dah makan ke belum? Jom...temankan aunty makan dulu. Piah... ambilkan pinggan untuk Bella,"Puan Zahra bersuara sedikit meninggi. Mahu suaranya sampai ke telinga pembantu rumahnya itu.

"No, thanks. Bella diet...,"

"Diet apa lagi? Bukan gemuk pun. Dah, temankan aunty makan ya?,"

Nabila tersenyum. Tidak berhasrat untuk terus menolak. Matanya liar memerhati sekeliling.

"Zariff mana?,"

Puan Zahra mencemik. Membuat Nabila tergelak kecil. Pasti ada tingkah Zariff yang tidak kena di hati wanita ini.

"Anak bertuah tu bukan tahu bangun awal-awal. Dekat nak subuh balik. Matahari terpacak atas kepala tak reti-reti nak bangun. Kalau letak bom dalam bilik pun belum tentu boleh sedar,"

Nabila tersengih.

"Malam minggulah katakan. Takkan aunty tak faham...,"ujarnya bersama senyum meleret. Aktiviti malam minggu Zariff memang sudah dia maklum.

"Apa malam minggu? Ni... lain tak ada. Mengumpatlah ni. Kan?,"satu suara menyapa dari belakang bersama tangan yang menarik perlahan rambutnya. Membuat Nabila sedikit terdongak. Pantas tangan itu ditepis. Mulutnya memuncung sambil menjeling lelaki yang kini tercegat di sebelahnya.

"Sakitlah,"rungut Nabila sambil membetulkan rambut ikalnya.

"Riff...apa ni? Tak baik buat Bella macam tu,"

"Entah. Tak baik tau berkasar dengan perempuan. Nak-nak dengan gadis cantik macam I ni, tau?,"

Zariff tergelak besar.

"Perasan...,"

Nabila menjeling sambil mencemik.

"Ni... apa you buat kat rumah orang pagi-pagi macam ni?,"

"You tinggal kat mana? Kat Malaysia sekarang ni dah pukul dua belas lebih. Dah tengah hari. Tahu tak?,"Nabila membalas soalan berbaur sindiran daripada Zariff dengan nada menyindir juga.

"Betul. Dah tengahari...,"sampuk Puan Zahra bersama jelingan tajam.

Zariff tersenyum lebar. Melabuhkan punggung ke kerusi.

"Encik Zariff pun nak makan ke? Kak Piah ambilkan pinggan lagi satu,"Piah yang muncul bersama pinggan kosong, melontarkan soalan sambil meletakkan pinggan di hadapan Nabila.

Zariff menggeleng.

"No. Tak payah. Saya nak keluar,"

Piah mengangguk sambil terus berlalu.

Puan Zahra mengalihkan perhatian pada wajah Zariff yang kelihatan cukup bersahaja. Ke mana lagi anak tunggalnya itu mahu pergi?

"Nak keluar ke mana?,"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MUNGKINKAH?Where stories live. Discover now