**Sekolah Tinggi SM.**
"Baik aku cepat nanti dia datang habislah aku" bebel Chorong sendirian ketika meletakkan cupcake strawberry dan coffe milk di dalam locker Luhan.
Selesai berbuat demikian Chorong pantas menyorok di sebalik dinding kerana waktu sekarang Luhan pasti sudah sampai di sekolah. Selang beberapa minit kemudian, Luhan datang ke lokernya. Chorong memerhati gerak-geri Luhan, hatinya berdebar-debar apabila melihat cupcake strawberry dan coffe milk berada di tangan Luhan. Chorong tersenyum gembira apabila Luhan memakan Cupcake strawberry dan coffe milk buatannya.
**Di Kelas 5K1**
"Wey Sehun! Kau tahu tak siapa yang letak cupcake strawberry dengan coffe milk ni dekat loker aku?" Tanya Luhan sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Sehun, kawan baiknya itu.
"Manalah aku tahu siapa yang bagi kau makanan tu. Aku rasa yang bagi tu admire kau kot? Sedap tak cupcake strawberry tu?"kata Sehun."sedap gila. Orang yang bagi aku makanan ni mesti sweet orangnya kan?" Puji Luhan sambil menghulurkan ssebiji cupcake strawberry bersama coffe milk yang masih tinggal. Sehun memakannya dengan penuh nikmat.
"Wey Luhan, untunglah kau ada admire yang pandai buat cupcake sesedap ni. Memang terbaik kau punya admire!" Puji Sehun dengan makanan yang penuh di dalam mulutnya. Luhan hanya senyum melihat gelagat Sehun. Dalam fikirannya, dia hanya memikirkan siapa yang telah memberinya cupcake strawberry dan coffe milk tersebut. Chorong yang duduk di tempat duduk hadapan Luhan hanya tersengih seorang diri kerana gembira mendengar pujian dari Luhan dan Sehun. Chorong sebenarnya jatuh hati dengan Luhan semenjak sekolah rendah lagi. Namun Chorong takut Luhan tidak akan menyukainya.
Skip(Mian..hehe)
**waktu rehat**
"Chorong, yang awak senyum sorang-sorang ni kenapa?" tanya Luhan yang kebetulannya lalu di taman sekolah."Saja, salah ke saya senyum sorang-sorang? Awak buat apa kat sini? Nak tenan saya sembang? Ke nak bergosip?" Bertubi-tubi soalan yang diacukan Chorong kepada Luhan. Senyuman tidak pernah layu dibibirnya sejak Luhan memuji cupcake buatannya sedap.
"Amboi banyaknya soalan awak. Tak salah pon nak senyum sorang-sorang jangan sampai sewel sudahlah,nanti macam mana saya nak buat presentation projek ICT kalau partner saya asyik senyum sorang-sorang. Ni saya nak tanya something boleh?" Kata Luhan yang selesa bersama Chorong.
"Tanyalah, tapi kalau soalan tu susah sangat. Awak kena google sendiri tau" gurau Chorong membuatkan Luhan ketawa kecil. "Tak susah pun. Kalau google pon saya rasa tak akan dapat jawapannya. Awak ada nampak tak sesiapa pergi loker saya pagi-pagi sebelum saya sampai?" Tanya Luhan.
"Ta..tak ada la pulak, ke..kenapa awak tanya?" Ucap Chorong gagap. "Awak ada admire ker?? Mesti dia cantikkan?" Chorong berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku.
"Saya pun tak tahu kalau dia cantik ke tak yang penting cupcake strawberry demgan coffe milk yang dia buat sedaplah." Ujar Luhan sambil menongkat dagu. Chorong yang mendengar semakin semangat jadinya. Waktu rehat dihabiskan oleh Chorong dan Luhan dengan berbual dan bergosip
Tbc....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mian kalau boring...ni first story...minta maafla kalau tertypo atau ad ayat keling ker and jangan lupa vote n comment