part 4

102 6 0
                                    

Semua memandang Yoona. Mereka semua berkumpul di ruang tamu selepas Yoona meminta mereka berbuat demikian selepas balik dari majlis amal tadi. Yoona ada sesuatu yang penting untuk di sampaikan pada mereka. Tapi sudah 10 minit berlalu, Yoona sibuk masih tidak bersuara.

"Kau ni kenapa? Cakap jelah," kata Tiffany.

"Hmm... memang nak cakap, tapi aku tak tahu nak cakap macammana," kata Yoona memandang muka ahli SNSD yang lain.

"Kau nak keluar dari kumpulan ini ke?" tanya SooYoung membesarkan matanya.

"Tak.. Tak.. Tak.. apa pulak ke situ perginya. Selagi semua masih boleh terima aku, selagi itulah aku jadi kumpulan ini. Tapi kalau lepas aku beritahu apa yang aku nak beritahu, semua yang ada di sini merasakan aku tak layak untuk berada dalam kumpulan ini, aku terima. Aku rasa aku tak sepatutnya sembunyikan perkara ini dari semua. Aku nak minta maaf. Tapi semua ini bukan aku sengaja buat, semuanya dah takdir aku,"

"Yooonn... cuba ceritakan pada kita orang, apa sebenarnya yang kau rahsiakan dari kita orang. Mungkin selepas kau beritahu, kita orang semua akan faham. Kita dah bersama lama dah, jadi apa saja yang kau kata, kalau menyakitkan pun, aku percaya semua yang ada di sini akan faham juga nanti, macam kes Jessica, akhirnya kita faham walaupun kita tak dapat memberi bantuan padanya, tapi dia tahu kita faham apa yang berlaku padanya, Kita semua di sini, aku rasa dah macam adik beradik, kita sama-sama bersusah untuk berada di tempat kita sekarang ni, " kata Taeyeon pelahan. Dia tak mahu Yoona merasa tertekan.

Yoona menganggukkan kepala, faham apa yang ingin disampaikan oleh Taeyeon.

"Aku nak beritahu hubungan aku dengan Kim Seok Jin, dari kumpulan BTS," kata Yoona.

"Engkau dah jadi girlfriend dia ke?" tanya Yuri.

"Bukan dia baru cuba nak mengorat engkau tadi," kata SooYoung.

Yoona mengelengkan kepalanya, "Sebenarnya hubungan aku dengan Seok Jin lebih dari itu," kata Yoona pelahan.

"Lebih dari itu?" tanya Sunny.

"Engkau mengandung ke?" tanya Hyoyeon.

Yoona mengelengkan kepala dan tersenyum, "Kau ni Hyoyeon, ke situ pulak,"

"Habis tu, kau kata hubungan kau dengan Seok Jin tu lebih dari itu," balas Hyoyeon.

"Seok Jin sebenarnya... hmm..," Yoona mengeluh dan dia menarik nafas yang dalam, "Dia sebenarnya suami aku," kata Yoona.

"Hah, Suami kau?"

"Kau biar betul,"

"Ish... tak kanlah,"

"Seriously!"

"Bila?"

"Kenapa kau rahsiakan?"

"Aku sendiripun sebenarnya masih tak boleh nak percaya yang aku dah kahwin. Kalau aku sendiri pun tak percaya macam mana aku nak terangkan semua ini kepada orang lain. Tapi aku tahu yang aku tak boleh lari dari kenyataan dan sedar tak sedar dah sebulan kita orang kahwin, tapi aku masih tak tahu nak buat macam mana," kata Yoona.

"Tapi tadi korang macam bukan pasangan suami isteri pun?" tanya SooYoung.

"Memanglah, sebab baru semalam aku jumpa dia selepas majlis perkahwinan kita orang hari itu. Dia sibuk sangat dengan aktiviti dia. Dia orangkan kumpulan baru dan banyak sangat aktiviti promosi dia orang kena buat selain dari latihan yang dia kena ikut. So, that why, lepas kahwin aku still stay kat sini," beritahu Yoona.

"Hmm... maksud engkau lepas ini, kau akan tinggal dengan dialah?" tanya Taeyeon.

"Kau tinggal dengan dia?" tanya Sunny.

AWAK SUKA SAYA KE ( KIM SEOK JIN FANSIC) MALAYWhere stories live. Discover now