part 6

119 5 0
                                    

Abang Jin!" panggil Jungkook. Jin menoleh kebelakang dan kelihatan Jungkook sedang berlari anak kearahnya. Jin tersenyum. Dibelakang Jungkook, ahli-ahli BTS yang lain sedang berjalan santai.

"Abang Jin, dua hari ini balik ke rumah sendiri ke?" Jungkook bertanya apabila dia sudah berdiri disebelah Jin.

"Kenapa?" Jin bertanya.

"Abang Jin, semalam kau balik ke rumah semdiri ke?" Rapmon mengulangi soalan Jungkook apabila dia juga kini berdiri sebelah Jin. Jin hanya menganggukkan kepalanya.

"Hari ini?" J-Hope bertanya.

"Lepas ini aku kena balik rumah setiap hari," Jin menjawab dan mula berjalan menuju ke bilik latihan mereka diikut yang lain.

"Kena balik rumah, abang Jin dah tak tinggal dengan kita orang ke?" tanya Jimin.

"Kenapa?" soal V.

"Boleh ke? Mana boleh duduk rumah sendiri" Rapmon memandang Jin.

Jin senyum, "Jangan risau, aku balik rumah aku waktu nak tidur je, dan aku dah dapat kebenaran dari Bang PDnim."

"Wah bestnya," Suga menunjukkan wajah yang seperti mengimpikan kalau dia juga mendapat kebenaran yang sama.

"Tapi kenapa?" V masih tidak berpuas hati pertanyaannya tidak berjawab. Jin menepuk bahu V yang berjalan sebelahnya, "Nanti sampai masa aku bagitahu kenapa okay, tapi hari ini kita kena practice untuk minggu depan punya concert."

Mereka semua menganggukkan kepala kerana minggu depan BTS akan membuat concert ke Mexico. Sedang mereka berlatih, terdengar bunyi telefon. Mereka memandang antara satu dengan yang lain kerana kebiasaannya apabila mereka berlatih mereka akan mematikan telefon masing-masing. Jin mengangkat tangannya dan tersenyum menunjukkan yang dia bersalah kerana tidak menutup telefonnya tadi. Jin mengambil handphonenya dari dalam beg sandang yang dibawanya. Dia melihat nombor pemanggil adalah nombor Yoona. Dia merasa pelik dan tanpa berlengah dia menekan nombor tersebut.

"Hello," kata Jin apabila panggilannya disambut.

"Hello, ini Seok Jin kan?" tanya suara yang menyambut telefon Jin.

"Ha ah, ni siapa? Ini telefon Yoonakan?" tanya Jin.

"Ye.. ye ini telefon Yoona, saya SooYoung SNSD. Hmm... tadi saya yang cuba telefon tapi tak ada jawapan," beritahu SooYoung.

"Oh maaf, tadi saya ada latihan dan handphone saya dalam beg, so saya tak sempat nak angkat," kata Jin.

"Ohh... patutlah,"

"Hmm... kenapa? Ada apa-apa yang terjadi pada Yoona ke?" tanya Jin.

"Hmm... sebenarnya kita orang dalam perjalanan ke hospital, Yoona tiba-tiba sakit perut," kata SooYoung.

"APA? Beritahu saya hospital mana, nanti saya akan ke sana sekarang," kata Jin. Jin mendengar nama hospital dari SooYoung sebelum dia menamatkan panggilan.

"Aku kena ke hospital," kata Jin.

"Hah kenapa? Siapa yang sakit?"

"Isteri aku?" jawab Jin.

"ISTERI!"

"Biar betul?"

"Ini prank ke?"

Tapi semua ahli BTS mengejar Jin yang sudahpun keluar dari bilik latihan.

"Korang nak ikut ke?" Jin memandang semua membernya yang mengejar dia hingga ke parking lot. Tanpa menjawab pertanyaan Jin, mereka semua masuk ke dalam kereta berhimpit-himpit. Nasib baik Jin memiliki kereta BMW X6 M, bolehlah untuk 5 orang berhimpit-himpit. Jin tidak ada masa untuk marah dan membiarkan saja membernya berhimpit dalam keretanya, dan nasib baik Rapmon terlebih dahulu memilih tempat duduk di depan disebelah Jin.

AWAK SUKA SAYA KE ( KIM SEOK JIN FANSIC) MALAYWhere stories live. Discover now