Aku tunggu abang aku Jinyoung selesaikan urusan kat kaunter airport. Aku suruh dia uruskan sebab aku tak tahu macam mana nak buat benda tu.
Rasa pelik bila aku tengok sekeliling. Hmm.. jujur aku cakap, aku rindu Korea. Kat Malaysia ni bosan and panas.. kalau tak kerana Jinyoung nak pergi Malaysia, tak ada maknanya aku nak ikut.
Tiba-tiba, seorang lelaki yang berpakaian serba hitam, -(t shirt lengan pendek hitam, cermin mata hitam, seluar hitam, mask hitam, beanie hitam) duduk kat sebelah aku.
I was wondering.. tak panas ke dia pakai baju serba hitam macam ni kat Malaysia. Yang paling pelik, dia duduk betul-betul kat kerusi kosong sebelah aku.
Aku rasa tak selesa so aku bergerak kat kerus lain. Dia ketawa.
Kening aku mencerlung. Aku tarik rambut aku ke belakang telinga.
"Waeyo??" Soal aku. Nasib dialah nak cakap apa.. ada aku kesah. Well, aku tak tahu sepatah pun perkataan bahasa melayu.
"Oh.. neo hanguk aeseo?" (Kau orang korea)
(A/n: saya teruskan dengan bahasa melayu. Boleh je nak tulis dalam bahasa korea tapi nanti penat nak translate utk korang)
"Ye, aku orang korea. And.. kau?"
Aku renung mata dia sebab aku rasa suara dia aku kenal.
"Kalau aku bagitahu kau jagan excited tau" katanya. Entah mengapa, jantung aku berdegup kencang bila dengar suara dia.
Mask yang dia pakai ditarik sedikit dan cermin matanya dibuka.
Mulut aku yang melopong aku tekup dengan tapak tangan aku.
Like seriouslyyyy.. dia G-dragon. Kwon Jiyong.
"Jangan nampak ketara sangat.. nanti orang pandang.. aku takut orang perasan aku ada kat sini.."
Topeng mukanya dipakai semula. Begitu juga dengan cermin mata hitam dia.
"Kenapa kau sorang kat sini?" Tanya aku. Well.. biasanya kalau artis kat airport, mesti ramai orang kerumun.
"Kau V.I.P ke?" (V.I.P. tu nama fandom bigbang)
"Aku peminat kau, tapi tak adalah gila-gila sangat" kata aku.
"World tour bigbang kat Malaysia habis dua hari lepas. Top, Seungri, Taeyang dengan Daesung dah balik dulu.. aku balik lambat.. sorang.. now, aku tengah tunggu flight aku pukul 2.45"
Katanya sambil menyandarkan dirinya.
"Kalau kau buat macam tu mesti nanti orang perasan kau tu Gd."
Kata aku. Yelah, dia sandar sambil tangan dia spread luas-luas sampai nampak tatu dia. Of course lah orang pandang. Kat Malaysia mana ada orang macam dia. Dahlah pucat semacam.
"Oh yeke?" Dia duduk tegak tegak dan ambil jaket dia yang bersangkut dekat bagasi dia.
"Kenapa kau tak fangirling?" Soal Jiyong.
Aku tenung mata dia.
"Kan aku dah cakap, aku bukannya die hard fans macam perempuan lain" kata aku sambil membuang pandangan ke tempat lain.
"Kau kat sini sorang jeke?" Tanya Jiyong lagi.
"Tak. Aku dengan abang aku" kata aku. Aku menundukkan kepala aku merenung kasut aku.
"Seronoknya bila aku cakap dengan perempuan yang tak fangirling bila jumpa aku"
Kata Jiyong. Mata coklatnya memandang aku tanpa henti.
"Hmm.. well..ah.." aku dah speechless. Tak tahu nak cakap apa. Yelah.. tu Gdragon kot.
"Kau nak fly pergi korea jugak ke?" Soal Jiyong.
"Yep.." jawab aku.
"Sorry kalau kau tak selesa dengan aku sebab aku asyik tanya soalan je.. well.. aku teruja sebab dapat cakap dengan orang macam kau"
Walaupun dia pakai mask warna hitam, aku daoat rasa yang dia tengah senyum sampai nampak gigi sekarang ni.
"Aku pun terkejut sebab aku sekarang ni tengah bercakap dengan g-dragon"
"Aku bukan g-dragon. Aku cuma g-dragon bila kat atas pentas.. kat sini, sekarang ni.. aku cuma Kwon Jiyong"
Katanya. Goshhhh!! Aku rasa aku takkan pernah bosan kalau aku dengar suara dia hari-hari.
"Panggil aku Jiyong" katanya lagi. Aku cuma mengangguk.
"Panggillah.. aku nak dengar"
Asjdhfhjkldbd. Jantung aku sekarang ni laju gila.
"Jiyong" ujar aku sepatah.
Aku masih senyap. Tak mampu nak teruskan perbualan.
"Kau janganlah stare blankly kat sekeliling ni macam tu. I might fall for you"
Kata Jiyong. Nafas aku macam terberhenti sekejap.
Jantung aku laju gila nak mati.
Beberapa saat berlalu dan Jiyong masih renung aku.
Nasib baik Jinyoung datang.
"Saeng. Dah pukul 2.00. Flight kita 2.45. Jom lepak starbuck kejap" kata abang aku.
"Ok oppa" kata aku. Aku mula angkat bagasi aku.
"Kau cakap dengan siapa?" Soal abang aku. Mata aku melirik Jiyong.
"Kwon Jiyong" Jiyong berdiri sambil menghulurkan tangannya tanda hendak bersalaman dengan abang aku. Aku dah panik. Sebab, abang aku minat Jiyong.
"Serius niiiiii???" Tanya abang aku. Aku dah tepuk dahi.
"Slow sikit. Nanti orang perasan" kata Jiyong. Abang aku dah tak mampu nak sembunyikan senyuman dia.
"Jom pergi starbucks" ajak Jiyong.
.
.
.
.
Hai hai hai.Fanfic first (kot) Kim Jia. So, korang boleh panggil saya Jia.
Saya ni kecoh tau. Jadi, jemputlah komen.
Kui kui kui.
K bye
YOU ARE READING
cinta kita start kat airport
FanfictionFangirling bila jumpa Gdragon kat airport.Tapi, siapa sangka dia suka kat kita and ikut kita sampai kat Korea? so, nantikan, fanfic G-dragon berbahasa melayu, ringkas, dan yang paling penting, best inspired by Cik @Naweeeee