Sampai sahaja di Korea, aku cepat-cepat ajak Jinyoung pulang ke rumah. Aku dah rindukan katil aku. Lagipun, esok sekolah.. jadi.. aku kena tidur awal.
Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari airport, aku sedar yang Jinyoung sedang jalan beriringan dengan Jiyong di belakang aku.
"Na jigeum ga itge" (aku pergi dulu)
Kata Jiyong sambil menepuk bahu abangku.
Pelik sungguh. Setahu aku, selebriti tak mudah mesra dengan orang biasa.. tetapi.. lain pula ceritanya dengan G-dragon.
Apabila Jiyong jalan melepasi aku, dia pegang tangan aku. Terkejutnya aku bukan kepalang.
"Eyy.. apa pegang pegang tangan aku ni?" Soal aku dengan kasar.
Dia tarik topeng mulut dia dan dia bukak cermin mata dia. Dia tenung aku dan dia hadiahkan satu senyuman. Senyuman yang buatkan lutut aku jadi jelly.
Kemudian, dia lepaskan tangan aku dan dia pergi.
Baru sahaja tiga langkah dia pergi, aku ada dengar suara perempuan menjerit. Kuat gila nak mati. Lepastu, semua perempuan and even lelaki pon kerumun Jiyong.
Baru aku ingat dia tu G-dragon.
Ramai gilaaaaa orang datang kerumun Jiyong sampai aku rasa nak lemas.
Dari jauh aku nampak Jiyong senyum. Tapi senyuman dia lain dengan senyuman yang dia hadiahkan kepada aku tadi. Kemudian, dia pandang aku. Dia senyum lagi. Senyuman tadi.
Lutut aku rasa macam jeli lagi. Tiba-tiba aku rasa ada orang tarik tangan aku dari belakang.
Dia tarik aku keluar dari kerumunan orang yang ramai yang menjerit-jerit nampak Jiyong.
Oh.. Jinyoung rupanya.
"Oppa.. ingatkan siapa tadi.." kata aku.
Jinyoung senyum.
"Hmm.. kenapa Nayoung diri kat situ tadi? Kalau lemas macam mana?" Kata Jinyoung sambil dia letakkan lengan dia kat atas bahu aku.
Kami jalan beriringan.
"Tak adalah.. tadi tiba-tiba ramai orang datang kerumun.. Nayoung pun terkejut" kata aku sambil senyum. Jinyoung cubit pipi aku.
"Kita jalan-jalan dulu lah.. nanti oppa hantar Hayoung balik.."
Walaupun Jinyoung cuma abang angkat aku, hubungan kami macam adik beradik kandung.
Kebelakangan ni Jinyoung sibuk dengan comeback dia. (Park Jinyoung/ Jr. from GOT7)
Lamalah juga kitorang jalan-jalan di sekeliling Seoul.
Jinyoung hantar aku sampai depan rumah aku. Well.. aku tinggal seorang diri. Rumah itu sahajalah peninggalan ibu aku. Ayah aku entah ke mana hilangnya.
Sampai di depan rumah aku, Jinyoung dan aku berpandangan sesama sendiri.
"Saeng.. kalau oppa nak bagitahu ni jangan terkejut tau.."
Kata Jinyoung sambil menggaru belakang lehernya.
Aku mengangguk.
"Na johaeyo"
Air muka aku berubah.
"Oppa.. oppa kata kita hanya sekadar adik dan abang.. macam mana oppa boleh suka kat Nayoung?"
Kata aku. Jinyoung menundukkan kepalanya.
"It' s okay kalau Nayoung reject oppa sekarang. Take your time and think..oppa tunggu"
Katanya dan dia pergi. Aku terpinga-pinga sekejap.
"Macam pelik je.."
.
.
.
.
.
Jia sibuk study untuk SPM. Sorry for late update.
YOU ARE READING
cinta kita start kat airport
FanfictionFangirling bila jumpa Gdragon kat airport.Tapi, siapa sangka dia suka kat kita and ikut kita sampai kat Korea? so, nantikan, fanfic G-dragon berbahasa melayu, ringkas, dan yang paling penting, best inspired by Cik @Naweeeee