Bila Nafsu Menguasai Diri (Prolog)

59.5K 153 5
                                    

Prolog

Setiap yang terjadi semuanya sudah tertulis. Tetapi Allah tidak zalim dan kita harus selalu ingat yang setiap manusia diberikan akal untuk berfikir. Inilah kisahku, Bila Nafsu Menguasai Diri.

Pada mulanya, aku seorang remaja yang pemalu, yang amat pendiam dan lemah lembut. Bermula pada usiaku 13 tahun, semuanya berubah. Aku tahu ianya salah, tapi dimanakah letaknya akal ku pada waktu itu?

Janji aku pada diri sendiri telah aku lupakan. Patutkah aku mempelajari sesuatu yg tidak sepatutnya aku pelajari? Mulai detik itu, aku telah merosakkan diri dan kesihatanku sendiri.

Manusia memang tahu apa itu dosa, tetapi kenalkah kita apa itu dosa? Itulah aku. Walaupun aku tahu amalanku tidak diterima selama 40 hari, tetapi tetap aku melakukannya. Kerana apa? Kerana nafsuku, kerana hasutan yg ku terima. Aku tidak pernah pn terfikir bahawa aku boleh berubah secepat mungkin. Aku tahu kasih sayang dari keluarga itu penting, tetapi aku mencari kasih sayang yg jelas seperti embun di hujung rumput. Mendahulukan jejaka2 yg sudah jelas ingin mempermainkan aku. Aku tersalah langkah. Semuanya musnah. Semuanya tidak seindah seperti dulu.

"Aku Terima Nikahnya Nurul Elfisha Binte Elfie dengan wang tunai RM 1000,"

Disitulah mulanya kehidupan, yang aku tidak sangka akan ku jumpai.

"Sayang, kenapa ni muka macam sedih aja? Tak suka ke abang dah jadi milik Fisha?"

"Bukan bang, Fisha nak cakap terima kasih sangat-sangat kerana dapat terima Fisha. Fisha tak sangka abang dapat terima Fisha walaupun Fisha ni tidak sebaik mana. Fisha jahat bang, jahat."

"Sayang, itu dulu. Tapi kini, Allah dah tentukan Fisha milik abang. Yang penting kini fisha dah berubah, Fisha dah jadi milik abang. Jangan bersedih lagi sayang. Abang ada untuk Fisha."

Putra Nubhan, terima kasih kerana sudi menerimaku. Kaulah pembimbingku, kaulah segalanya.

Aku ingin memberi sekilas nasihat, kaum hawa, jagalah dirimu. Setelah kau jatuh, tak mungkin hidupmu sebahagia kehidupan ku kini. Yang pentingnya, carilah Keredhaan yang Maha Esa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bila Nafsu Menguasai Diri (Prolog)Where stories live. Discover now