Sila scroll>>
FATIMAH ke tempat duduknya. Setelah duduk, dia melihat ke bawah mejanya dan mendapati sebuah kotak dibalut kemas dengan reben. Kawannya iaitu Rina dan Sara sudah woo-woo di sebelahnya. Fatimah menjeling mereka tajam. Huh!? Whatever lah..! Lantas, membuka ikatan reben dan terkejut beruk apabila melihat seekor katak melompat keluar dari kotak hadiah itu. Fatimah menjerit ketakutan lalu berlari keluar dari kelas. Geng lelaki di dalam kelasnya sudah mentertawakannya. Ya, itu kerja dia orang! Fatimah menutup wajah malu. Itulah siapa suruh dia berlagak sangat tadi, kan dah terkena kat batang hidung sendiri.
"Omaigad! Malunya ada kawan macam dia ni!", perli Sara perlahan.
"Apa kau cakap tadi?", tanya Rina tidak jelas.
"Diamlah kau!", Sara menjulingkan matanya.
Fatimah melihat keadaan sekeliling kelasnya. Kut-kut muncul depan dia. Hah, pengsan jugak karang! Secara nak tak nak, dia melangkah masuk ke dalam semula. Lega! Katak dah tak ada, mungkin lari sebab takut tengok muka terkejut dia persis bidadari beruk kut. Ish-ish-ish..
Kringggggg!!!! //waktu rehat//
Fatimah sahaja yang berada di dalam kelas pada waktu itu. Dia merenung bekal yang dibawakan oleh abahnya agak lama sedikit. Ya, itu karipap hasil air tangan abah dia sendiri. Apa seorang abah tak pandai masak? Walaupun, cara abahnya mengelim karipap tak serupa bentuk karipap tapi rasanya sama saja. Dia je terlampau cerewet depan rezeki.
"Karipap ke gamat ni? Tak serupa karipap pun. Err," dia menolak bekalnya sedikit jauh. Geli nak merasa agaknya.
Cikgu Zunaidah selaku guru pendidikan Bahasa Melayu masuk sedikit awal untuk menyemak kertas soalan 'PENULISAN' Percubaan UPSR Peringkat Negeri kepunyaan pelajar kelas 6 Merah, kedua tercorot dari 5 kelas di sekolah rendah itu.
"Cikgu! Kertas penulisan 6 Merah ke? Dah tanda saya punya? Dapat markah berapa? A ke B? Ke C atau D? Cakaplah cikgu..", soalnya bertubi-tubi. Cikgu Zunaidah terlopong.
"Fatimah? Ya, ni kelas kamu punya 6 Merah. Baru tanda 7, kamu punya tak tanda lagi.. Esok, lusa cikgu bagilah ya..? Lagi satu, kamu ni tak rehat ke? Tu bekal abah kamu bawakkan, tak makan ke?", soal Cikgu Zunaidah pula. Fatimah terlopong.
"Cikgu ni.. Tak sedaplah karipap gamat ni, gelilah nak makan. Cikgu nak?" Cikgu Zunaidah menggelengkan kepala.
"Kamu ni, Fatimah. Abah kamu dah bawakkan makan jelah. Kan kamu tak bawak duit belanja, tak apalah. Kalau kamu tak nak jugak karipap tu, bagilah cikgu. Lagipun, cikgu laparlah," Fatimah mengerutkan dahi lalu bangun dan memberikan bekalnya kepada Cikgu Zunaidah.
"Err.. ok? Jemput makan cikgu, nanti lalat datang pulak," Cikgu Zunaidah tersenyum lalu mengambil seketul karipap dan menggigitnya.
Selepas beberapa minit telah pun berlalu, murid-murid 6 Merah masuk ke kelas dan memulakan sesi pembelajaran seperti biasa.
Fatimah mengangkat kepala semasa sedang menyalin nota yang diberikan oleh cikgunya. Kepalanya seperti dibaling sesuatu.
"Aduh!", dia mengadu sakit sambil menggosok-gosok kepalanya lantas memusingkan kepala untuk melihat orang tersebut.
Krikk.. kriikk..
Dia menampar pipinya, "Khayalan aku je kut."
**********
Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas, Fatimah mengemas buku-buku lalu disimpan ke dalam beg. Dia menggalas beg, jam di dinding kelas dipandang. Sudah menunjukkan pukul 1:29 petang. Lagi, 1 minit tepat pukul 1:30 petang. Perutnya berbunyi minta diisi. Fatimah mengeluh panjang. Dia tidak makan sejak pagi tadi, sarapan hanya meneguk secawan teh dan 3 keping biskut untuk mengalas perut. Karipap memang tak sentuhlah.