- 2

859 22 4
                                    

              PAK MAT menyediakan sarapan untuk anak-anaknya. Fatimah sedang bersiap-siap manakala Farah telah duduk di meja makan. Farah memandang wajah abahnya yang kelihatan sayu. Kasihan abah, berpenat-lelah menjaga kami. Farah bangun lalu membantu abahnya.

"Abah duduklah biar Farah je yang goreng.", Farah mengambil sudip dari abahnya.

"Along, nanti kamu lewat pergi sekolah. Hari ni kamu ada peperiksaan kan?", soal abahnya inginkan kepastian.

"Iya bah, hari ni Farah ada periksa. Sejarah kertas 3. Tak apalah, bah. Farah tak kisah, lagipun emak didik supaya bantu abah dan bukan susahkan abah.", dia mengangkat bergedel goreng yang telah siap digoreng ke pinggan sebelum dihidangkan diatas meja makan. Abahnya tersenyum tawar.

"Abah doakan kamu boleh jawab ya soalan tu nanti. Baca doa, istighfar banyak-banyak sebelum peperiksaan bermula.", pesan abahnya.

"Terima kasih, okey abah. Yang ini Farah bawak ya?", sambil menunjukkan bekalnya yang baru diisi tadi lalu mengukirkan senyuman manis.

Fatimah menyandang beg sekolahnya ke dapur. Matanya bersinar apabila ternampak bergedel yang terletak di atas meja makan. Ternganga tidak percaya abahnya sendiri boleh melakukan bergedel kegemarannya selain arwah emak, Hjh. Siti Husnul Hotimah Binti Malik.

"Wah, bergedel abah? Sedap ni!" Fatimah mencapai sebiji bergedel dan menyumbat ke dalam mulut.

"Urm.. sedapnya!! Abah buat sendiri ke?", soal Fatimah.

Abahnya tersenyum. "Abah beli segera je, lepas tu abah goreng. Mana nak dapat ayam untuk letak dalam bergedel ni kan? Lagi pun harganya tak mahal. Sebungkus, RM1.30 aje. 60 biji semunya. Bolehla kamu bawak bekal ke sekolah.", kata Pak Mat. Fatimah menganggukkan kepala.

"Okey abah! Ini Timah bawak ye? Sedap dari karipap semalam.", Fatimah terus mencapai tupperware lalu memasukkan beberapa biji bergedel kedalamnya. Tangan mencapai sebji lagi dan menyumbat kedalam mulut. Fatimah menghulurkan tangan kepada abahnya untuk bersalam.

"Bye, abah!", dia terus berlari ke sekolah sambil membawa kasut. Farah memandang abahnya, kelihatan air muka abahnya berubah sedikit kecewa. Farah mengambil mug yang tersusun di tepi sinki. Dia membuat kopi untuk abahnya.

"Nah abah, kopi. Minunlah, Farah buat suam je. Senang abah nak minum nanti.", Farah menghulurkan mug kepada abahnya. Hulurannya disambut.

"Abah, pukul 7.00 pagi dah jala ikan kan? Hati-hati abah."

"Terima kasih long. Along bagitahu Timah yang abah mungkin balik esok atau lusa. Nanti Along masakla apa yang ada. Lauk pun ada, cukup-cukup untuk kamu berdua."

"Abah.. tak perlula pergi, along risau. Lagipun, angin dengan ombak laut kuat bulan ni. Sampan abah mungkin bocor nanti. Abah jangan pergi ek..?", pujuk Farah. Laju-laju abahnya menggeleng.

"Tak Farah, itu kan kerja abah. Abah kan nelayan, nak jual ikan lagi. Penduduk kampung kan memang hampir setiap hari dengan ikan, keropok ikan, keropok lekor, ikan kering, ikan masin, semua produk ikan. Kalau boleh, produk kecantikkan ikan pun ada.", gurau abah sambil ketawa. Farah terus menyalam abahnya.

***********

"Oi, Timah!", sapa Ikhwan. Fatimah tersedar dari lamunan. Dahinya berkerut-kerut.

"Apa? Kau panggil aku ke?", soalnya blur.

"Ha? Apa benda lah kau ni. Yela! Habis tu siapa lagi, kau je sebelah aku."

Fatimah mencebik. "Huh, apa-apa jelah. Hah, kenapa?"

"Kau tahu ada budak baru kat sekolah ni?"

"No. Tak tahu pun, dan aku tak nak ambil tahu langsung."

"Iyeke?", Ikhwan menyepetkan matanya. Fatimah menjengilkan mata. What the? Mamat tu memang nak cari nahas agaknya!

"Cikgu Khairiah datang!!", jerit Ramu *india muslim*

"Assalammualaikum, Cikgu Khairiah.", Dafiq selaku ketua kelas memberi salam diikuti pelajar yang lain.

"Waalaikumusalam, semua. Hari ni kelas kamu ada murid baru. Kawanlah dengan dia ya.. Baiklah, Muqrish boleh masuk." Pelajar baru itu pun masuk. Semua mata kini tertumpu padanya.

"Ceh, kata tak nak ambil tahu langsung.", sindir Ikhwan perlahan sambil menyiku lengan Fatimah.

"Heh?", Fatimah menjelingnya tajam. Fatimah memandang ke luar tingkap.

"Saya Muqrish Kahn Byun Tae Bin Ahmad Salleh alias Mat Salleh dari Sekolah Sri Bunga Tahi Ayam dan berasal dari negeri Pahang. Panggil Muqh je. Sila beri tunjuk ajar dan saya kacukan Korea tau.", katanya seraya menunduk hormat.

Murid perempuan sudah woo-woo kecuali Fatimah yang sedang ketawa. Slow je.

"Byuntae? Kawan aku ada cakap maksud Byuntae ialah gatal. Ya, sebab ramai kawan aku minat k-pop.", bisik hatinya. "Ahmad Muqrish Gatal? Waah, mesti mamat ni gatal kan? Tak sanggup aku nak bayangkan.", monolognya sendiri.

"Baikla, Muqrish kamu boleh duduk di tempat kosong sebelah Ramu."

"Padan muka.!", tanpa sedar perkataan itu terkeluar dari mulut Fatimah. Cepat-cepat dia menutup mulut menggunakan tangan. Muqrish memandang kasut Fatimah lalu memandang wajahnya sambil tersenyum sinis.

"Kasut kau koyak nampak stokin busuk.", perli Muqrish.

Semua menggelakkan Fatimah. Ah, sudah! Macam-macam bala ada!

**********

"Rilekla brader..", kata Rina. Fatimah menoleh.

"Aku sakit hati ni! Ah, kau pun sama dua kali lima.. Kawan paling tak guna!!", Fatimah menengking. Sara terkejut lalu menarik tangan Rina.

"Aku kawan paling tak guna? Terima kasih atas kutukan dan tengkingan engkau, wahai Fatimah. Selama ni aku belanja kau makan, pun kau layan aku macam sampah! Memang tak kenang budi kau ni!", Rina terus blah dari situ. Fatimah mengeluh panjang.

"Rina.. Rina.. Afrina Hanani!! Come backkkkkk!!!", Sara mengejar Rina.

Ini part kedua.. Sorry lambat update dan sorry sebab part nih terlampau pelik.. lepas ni aku buat cerpen terus, aku gabungkan semua.. Dari part 1.. siapa yang dah bace part 1 & 2, scroll la kebawah sampai jumpa perkataan SALINA, k?

CERPEN: A B A HWhere stories live. Discover now