Bab 1: Nabi Terakhir, Tanda Pertama

214 1 0
                                    

Kompas Umat Akhir Zaman, Telaga Biru Sdn. Bhd.

By: Umar Mohamad Noor.

Bab 1: Nabi Terakhir, Tanda Pertama

Tanpa kita sedari, tanda-tanda Kiamat yang utama dan terbesar sebenarnya telah lama berlalu. Ia telah berlaku lebih dari 1400 tahun yang lepas.

Tanda Kiamat itu ialah pengutusan Muhammad bin Abdillah sebagai Nabi terakhir dan penutup risalah samawiah. Kehadiran Baginda di muka bumi menandakan dunia telah menghampiri pengakhirannya. Manakala sejarah umat manusia telah memasuki usia senja.

Allah SWT berfirman, maksudnya : "Maka tidaklah yang mereka nanti-nantikan melainkan Kiamat akan datang dengan tiba-tiba. Sungguh telah terjadi tanda-tandanya." (Surah Muhammad 47:18)

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam tafsirnya berkata, "Pengutusan Nabi SAW adalah antara tanda-tanda Kiamat. Hal ini kerana Baginda adalah penutup para rasul. Allah SWT menyempurnakan agama ini dan menegakkan hujah kepada seluruh alam dengannya."

Usia Umat Islam

Pengutusan Baginda dan kedatangan Kiamat adalah

hampir bersamaan. Perbezaan masa antara kedua-duanya adalah sangat singkat. Rasulullah SAW membandingkan kedua-duanya dengan selisih antara jari telunjuk dengan jari tengah.

Baginda SAW bersabda, maksudnya:

"Aku diutus dan hari Kiamat seperti jari ini dan ini."

Baginda berkata seperti itu sambil mendekatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa baki umur umat manusia setelah kedatangan Baginda hanyalah seperti antara solat asar dan maghrib sahaja. Daripada Baginda SAW bersabda, maksudnya:

"Ketahuilah, sesungguhnya perumpamaan umur kamu bersama umur bangsa-bangsa sebelum kamu, adalah seperti antara solat asar dan terbenam matahari." (Riwayat al-Bukhari)

Sebahagian ulama mengira masa kedatangan

Kiamat melalui kedua-dua hadis ini. Imam at-Tabari berkata, "Selisih diantara jari tengah dengan jari telunjuk adalah 1/14 jari. Begitu juga masa berada antara solat asar dan maghrib jika dibandingkan dengan seluruh hari. Maka, jika umur dunia adalah 7000 tahun, maka masa yang berbaki adalah 500 tahun."

Ulama lain mentafsirkan selisih antara jari tengah dengan telunjuk adalah 1/7 bahagian. Maka, jika usia bumi ini 7000 tahun, maka masa yang berbaki adalah 1000 tahun.

Ada juga ulama yang mentafsirkan dengan cara yang berbeza sehingga membawa kesimpulan yang berbeza. Semua ini disebutkan oleh Ibnu Rajab dan Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari.

Walau bagaimanapun, perkara ini adalah lebih baik

diserahkankan kepada Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mengetahui usia dunia yang sebenarnya. Oleh itu, hanya Allah SWT yang mengetahui bila Kiamat akan datang.

Ibnu Katsir berkata dalam al-Nihayah, "Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa usia dunia yang berbaki hanyalah sedikit sahaja. Akan tetapi, tidak ada yang mengetahui usia dunia yang telah berlaku selain Allah SWT dan tidak ada yang mengetahui usianya yang berbaki selain daripada Allah SWT."

Menyelamatkan Manusia

Sebagai rasul terakhir, Baginda Rasulullah SAW hadir ke muka bumi dengan satu tugasan yang sangat penting. Baginda datang untuk menyelamatkan umat

manusia daripada bahaya besar yang semakin mendekat. Mereka tidak dapat melihat bahawa itu, namun Baginda dapat melihatnya dengan izin Allah

SWT.

Bab 1: Nabi Terakhir, Tanda PertamaWhere stories live. Discover now