Aleya membetulkan hujung tudungnya, "masa ada meeting penting, masa aku dah lewat ni lah tudung nak kelepet ke kiri la ke kanan la" dengus Aleya dalam hati. Melihat ke dalam cermin, tudung bawal crepe nya sudah terbentuk elok, Aleya capai telefon pintar di atas meja solek. Ting! Satu notifikasi masuk ke dalam telefon pintarnya. Aleya melihat kepada notifikasi tersebut lalu membiarkan tanpa membuka dahulu.
'Masa ni la baru nak whatsapp, tadi awal awal subuh tadi tak nak whatsapp, at least boleh juga aku bangun awal, tak ada lah aku lewat macam ni'
Sebaik sahaja Aleya mencampak telefon pintar tersebut ke dalam beg tangannya, Aleya pantas mengambil kunci kereta dari penyangkut kunci.
*************************************
Setibanya di pejabat, Aleya mengemaskan fail, 10 minit lagi meeting akan start. Dia perlu mendapatkan projek besar dari Mega Berhad, dia cuba meyakinkan dirinya. Sebenarnya, penulis tak berniat pun nak explain pasal meeting ni, cliche betul cerita melayu dengan meeting nak dapat projek besar.
*************************************
Selesai meeting, Aleya tersenyum luas, dia dapat rasakan proposal yang dia bentangkan bakal diterima oleh syarikat ternama, Mega Berhad.
Aleya slide ke kanan telefon pintarnya. Beberapa notifikasi whatsapp Aleya semak satu persatu. Whatsapp dari Khairul Naim dibuka.
Khairul : Hi sayang! Good morning, do well in your presentation! Love you.
Khairul : Amboi sayang I ni, tak berbalas whatsapp kita, konfem dapat lah tu 😉
Khairul : Sayang, dah lama betul kita tak dinner sekali, malam ni I ambil u ok, kita jumpa! Love you, sayang
Aleya biarkan whatsapp dari Khairul itu tanpa balasan. Aleya tak tahu apa yang merasuk dirinya tapi sejak dua menjak ini, dia merasakan kasihnya pada Khairul semakin pudar. Entah dimana silapnya, nak kata dia sudah ada pengganti, tak ada siapa pun berkenan di hati, cuma hati nya dua tiga minggu ini katakan, Khairul bukan orangnya.
Aleya capai telefon pintarnya, dia buka aplikasi whatsapp lalu membalas whatsapp dari Khairul.
Aleya : Alright, pukul 9:30 U ambil I k bie?
Tak sempat beberapa saat, satu notifikasi masuk, Aleya hanya memandang sepi notifikasi tersebut, dia hanya membaca whatsapp dari Khairul tanpa membukanya. Aleya taknak meninggalkan kesan yang dia sudah membaca whatsapp tersebut.Khairul : Ok, sayang. How's your presentation? It went well right? I tahu sayang I boleh buat punya! See you, tonight, I miss you 😘
*************************************
Aleya mengenakan blouse saloma putih yang dimasukkan bersama skirt labuh berwarna cokelat cair. Selesai mengoles lipstick berwarna soft pink, Aleya membetulkan sedikit shawl soft brown yang sama warna dengan skirt labuhnya agar nampak lebih kemas. Ting! Notifikasi whatsapp dibaca.
Khairul : Sayang, I dah sampai.
Aleya cepat-cepat menuruni anak tangga dan melihat rakan serumahnya, Amira sedang menonton tv.
"Weh, aku nak keluar makan dengan Khairul ni, kau nak pesan apa apa tak?"
Amira menoleh ke arah Aleya dan tersenyum "Aku nak pesan, kau jaga diri elok elok, ingat mak bapak kat kampung, dan juga nasi goreng kampung telur mata satuuuuu! Hehehe Kirim salam Khairul weh, nasi goreng tu tak payah lah, aku dah masak dah"
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Hati
RomanceSatu benda yang kau tak akan pernah faham, satu benda yang tak pernah seiring dengan otak fikiran kau. Satu benda yang kalau kau ikutkan, mati, kata orang tua-tua.