Bangang

52 0 2
                                    

Kau tahu apa benda yang paling bangang dekat dunia ni? Masuk simpang tak bagi signal? Tak, tak, itu tak cukup bangang. Bagi signal, tapi tak masuk masuk pun simpang? Yada yada, tak bangang lagi tu. Apa? Kerja dengan TM? Ok, boleh la, bangang jugak tu.

Tapi benda yang paling bangang di antara bangang bangang yang lain mestilah orang bercinta.

Engko bayangkan, engko duduk sebelah pakwe/makwe kau, kau duduk sebelah dia je, duduk sebelah, dia tak buat apa apa pun, yalek nalek, dia tak buat apa apa pun, kau dah rasa bahagia. Kau rasa hati kau berbunga-bunga, bukan setakat bunga, pukok durian, pokok rambutan semua ada. Kau rasa bukan main indah lagi. Bangang bukan?

Kau sanggup berjaga hingga ke tiga dua pagi semata mata nak whatsapp dia padahal kau masuk kerja pukul 8 pagi. Masuk kerja pukul 8 pagi bukan bermakna bangun pukul 8 ya saudara saudari, pukul 6 pagi kau dah kena bangun. Yela, subuh takkan nak tinggal, bercinta bercinta jugak, cinta dengan tuhan, kau jangan lupa.

Kau tak rasa ke orang bercinta ni bangang. Rasa bukan? Tapi tulah, aku pun rasa orang bercinta ni bangang tapi sehinggalah pada suatu hari aku tertinggal access card aku dekat rumah dan aku tak boleh masuk office pasai pintu lock aku tak boleh nak scan. Aku sampai punya awal pukul 7.30 pagi, plan nak pekena la nasik lemak Mak Cik Bisu, sekali aku tak boleh masuk office dan kena tunggu sampai pukul 7:53, ada orang datang dan scan pintu. Bangang bangang! Bangang punya kad!

HatiHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin