Bab 1

53 3 0
                                    

AKU sebiji telur yang baru keluar dari rahim ibuku, seekor ayam betina yang telah menjual ramai anak-anaknya untuk menjadi santapan ayam-ayam jantan yang kesunyian.
    Namun, nasibku sangat baik. Setelah aku keluar dari rahim ibuku dengan badanku yang masih panas, tuan ibuku terus mengambilku. Dan  memasukkan aku ke dalam sebuah tempat.
    Dalam tempat itu ada 10 buah kondominium mewah. Dan aku diletakkan di kondominium paling tengah. Aku seronok sekali. Sebab, kawan-kawanku ramai. Dan kami sering berparti hingga ke subuh.
  "Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan." Itulah slogan hidup kami.
    Suatu ketika itu, aku merasa kondominiumku bergegar. Apakah itu gempa bumi? Apakah itu tsunami! Apakah itu taufan?
    "Tolong! Tolong!" Aku meminta tolong.
    "Tolong! Tolong!" Aku juga terdengar jiran-jiranku meminta tolong.
    Hampir sahaja aku menelefon bomba. Tiba-tiba, aku lupa nombor hotline bomba.
    'Apakah 991, 993 atau 995?' fikirku.
    Tiba-tiba, gegaran itu hilang. Lesap. Lenyap. Langsung tidak ada lagi.
    "Apakah kau merasa seperti yang aku rasakan?" tanya jiranku.
    "Ya!" balasku. "Aku tahu ia bukan gempa bumi. Bukan tsunami. Bukan juga taufan."
    Lantas, aku menyambangi di jendela kondominiumku. Aku nampak, tuan ibuku menerima wang.
     "Wang!" ajuku kaget.
    "Kita akan dijual," beritahu jiranku selamba.
    "Dijual? Maksud kau, kalau kita marah, kita akan dijual?"
    "Tak. Kita akan dijual tidak kira kita marah atau tidak."
    "Undang-undang apakah ini?" Aku memekik tidak puas hati.
    "Ia adalah undang-undang yang telah dieksploitasi oleh telur-telur dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu."
    Aku terdiam. Terdiam bukan pasal ulah jiranku yang sangat selamba pabila memberitahuku pasal hal tersebut. Namun aku terdiam pasal tegang. Undang-undang tersebut tidak sah. Dan apakah jadahnya telur-telur dari seluruh dunia tidak membuat protes?
    "Protes?" soal jiranku sinis.
    "Kau seperti suka dijual?" Aku menduga.
    "Aku lebih suka dijual kepada sindiket-sindiket itu, untuk ditransfomasi menjadi ayam." Jiranku menjawab dengan bangga.
    Dia lebih suka jadi ayam dari jadi telur.
     "Apa!" Aku terlopong seketika. "Mana maruah dirimu!"
    Aku terkejut. Aku tidak mahu percaya. Aku cuba untuk tidak percaya. Sebab, aku suka jadi telur. Kenapa aku hendak ditransformasi menjadi ayam? Tugasku cuma sebiji telur... (bersambung di www.salinasallehnovelis.com)

Novelet Bersiri-Aku Sebiji Telur (Bab 1)Where stories live. Discover now