part 1

477 17 2
                                    

"Kau boleh selesaikan tugas nie?"

Serentak dengan itu,gambar seorang lelaki berserta dengan beberapa keping kertas dilempar diatas meja Taeyang.Jessica dengan lagak bersahajanya mengambil barang tersebut dan ditelitinya.Dia menyelak helaian yang seterusnya sambil tersenyum penuh makna.Malah makin lebar senyumannya apabila dia tahu apa yang dikehendaki bossnya itu.

"No problem.I can handle this." balas Jessica dengan yakin.Matanya masih fokus kepada gambar seorang lelaki.Hensem.Hatinya memuji.Tapi Jessica tidak pandang itu semua.Objektif utamanya ialah menyelesaikan tugasan dengan cemerlang tanpa gagal.Tiada masa untuk bercinta baginya. "But i need this information in my laptop.Send this to my email." Tambah Jessica lagi sebelum dia meletakkan kembali kertas itu.

Jessica duduk di tempat dan termenung seketika.Jari jemarinya bermain dengan pen.Sebenarnya dalam kepalanya sedang menyusun strategi untuk menjatuhkan lelaki itu.

Jessica Jung.Siapa tidak kenal dia?Seorang penjenayah yang sangat dikehendaki oleh pihak polis ketika ini.Sudah banyak kali cuba untuk menangkapnya,namun selalu menemui kegagalan.Jessica bukan calang-calang orangnya.Dia sangat licik.Ada saja taktik yang digunakannya untuk melarikan diri.Jenayah yang dilakukannya semua melibatkan sistem pentadbiran negara dan ekosistem negara.Sekiranya ada yang cuba menghalang,dia tidak akan teragak-agak untuk melakukan'nya.'

________

"Ehh,kau ada dengar cerita pasal Yoori?"
"Ada.Dengar kata dia berjaya larikan diri lagi daripada serbuan polis semalam.Licik betul dia."

Satu pejabat di ibu pejabat polis riuh-rendah tentang serbuan semalam.Maklumat itu dibawa ke mulut orang lain sehinggalah pihak atasan boleh mendengarnya.Mana tidak kalut kalau mereka hampir berjaya menangkap Yoori atau nama sebetulnya Jessica berjaya meloloskan diri.Yoori merupakan nama samaran bagi Jessica untuk mengelakkan dikesan oleh pihak polis.

"Dah takdak kerja lain ka yang nak cakap pasal benda nie?"tegur satu suara.Tegas!

Terhenti terus perbualan dua orang pekerja polis perempuan itu apabila sudah ditegur oleh ketua mereka.Mereka meminta maaf dahulu sebelum mereka duduk di tempat masing-masing.Pekerja polis yang lain pun mula beransur pulang ke tempat mereka apabila renungan tajam diberikan oleh Koperal Mingyu yang baru saja pulang dari luar negara atas urusan kerja.Dia pelik melihat keadaan disini.Sejak dia mula masuk tadi,ada saja telinganya dapat menangkap perbualan hangat tentang serbuan yang dilakukan.Ada sesuatu yang telah terjadi ka semasa ketiadaan dia?Yoori.Nama itu mula terdetik dalam otaknya.

Pegawai polis lelaki yang baru melintasi dibelakangnya dicapai lengannya."Tunggu dulu.Tolong bawakan saya fail tentang kes Yoori nie di pejabat saya sekarang." arah Mingyu.Pegawai polis itu menunduk tanda faham.

________

"So....dia berjaya larikan diri?Tapi,macam mana?" Soal Mingyu kepada pegawai polis dihadapannya.

"Saya tidak tahu.Dia tiba-tiba lesap dari kepungan polis tanpa sebarang jejak yang ditinggalkannya." Jelas pegawai polis itu.

Mingyu mengangguk. "Apa kata pihak atasan?"

"Pihak atasan bercadang untuk tutup kes ini kerana..." belum sempat pegawai polis itu menghabiskan,Mingyu pantas memotong. "No!Saya nak kes ini dibuka. But this time,i will handle this."

_________

Jessica menopang kepalanya menggunakan sebelah tangannya sambil mata memerhatikan seseorang yang sibuk dengan kerjanya tidak jauh dia duduk.Jessica berada di kaunter minuman sambil matanya terpaku pada lelaki 'itu'.Pada malam ini juga,Jessica sudah menjalankan tugasnya.Dia telah menggunakan alat canggihnya yang tersendiri untuk mencari keberadaan lelaki itu.Tidak sangka pulak dia lelaki itu datang ke kelab tetapi tidak mengapa.Lagi mudahlah kerjanya selepas ini.

Love Shot [EXO KAI SHORT STORIES]Where stories live. Discover now