Dia seorang perempuan
Hidup dengan caranya sendiri
Tiada masa untuk cinta
Tiada masa untuk benci
Tiada masa untuk drama percintaan yang singkat
Dia seorang perempuan
Yang menyimpan seribu satu cerita
Dia seringkali menangis
Dia tidak kisah lagi airmata mengalir merosakkan keindahan wajahnya
Dia menangis kerana hatinya masih diselubungi luka
Rasa sakit
Rasa sedih
Kesunyian
Dia pejamkan mata
Terngiang-ngiang suara di halwa telinganya
"Sedarlah, sedarlah, sedarlah
Perempuan, kau tidak bersendirian'
Lalu dia tersentak dari lamunannya
Hati perempuannya mula memberi response
Ya! Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan;
Bangkit dari kesedihan, masih ada harapan untuk mencorak kisah-kisah indah untuk cerita masa depan.
