Internet Obsessi

103 3 0
                                    

"Scroll, click, scroll, refresh, text, update status"

Internet dan segala jenis peranti dimuka bumi ni bukanlah semua teruk dan tidak bagus untuk kita.
Mungkin kita terlalu obses.

Kita banyak berkongsi keseluruhan hidup kita sampai takde satu pun yang boleh dijadikan ' suprise'. Semua rasa ; benci, suka, sedih, dan sebagainya dikongsi. Lagi banyak likers lagi rasa diri diberi perhatian. Tiada lagi rahsia.

Hubungan sesama manusia mula renggang. Kurang bicara sebabnya tiada apa nak 'diceritakan' lagi.
Laman sosial sudah seperti profile lengkap kehidupan kita. Kita sibuk mencari teman di alam Maya, dan mengabaikan hubungan sesama manusia didunia sebenar.

Kita takkan jumpa hubungan dan cinta yang sebenar dengan berdasarkan hubungan secara talian. Manusia pelbagai jenis. Ada yang benar dan ada yang palsu. Kita sanggup menghabiskan masa seharian dan mengabaikan orang lain dan diri kita sendiri. Adakah kita rasa gembira dengan mengabaikan perasaan orang sekeliling kita?

Sampai bila kita nak jadikan depresi peneman hidup kita? Sampai bila kita nak dihambat kesunyian? Meluahkan kesedihan di laman sosial Sudah menjadi gaya hidup. Takkan kita mahu jadi mayat hidup, terperuk dirumah tanpa keluar berhubung dengan manusia didunia realiti dan nikmati kehidupan sebenar.

Ini kehidupan kita.
Kita yang mengawalnya.





INSOMANIACWhere stories live. Discover now