sayang, adik, papa rindu

1K 30 9
                                    

Dari hati aku sampaikan untuk segalanya, perasaan sayang takkan hilang, sukar dipadam sejak aku melafazkan akad untuk berjanji sehidup semati menanggung dosa mu, menjadi imam mu, dan syurga mu terletak di bawah tapak kaki ku. Insyaallah kita bertemu di syurga kelak sayang.

Genap 6 tahun pemergian Saleha isteri En.Zafran. Begitu juga umur anak lelaki tunggalnya Zafri Danish yang dilahirkan pada hari pemergian isteri tercintanya. Pemergiannya meninggalkan kesan yang amat mendalam pada lelaki tunggal beranak satu tersebut.

".. Dan kau sampaikan lah salam ku dan anak kesayanganku pada isteriku ya Allah, moga kau tempatkan dia di tempat orang orang yang beriman. Amin aminn ya Allah"

Sesudah solat, Zafri anaknya seperti biasa akan bersalaman kucup tangan bapanya. Tapi kali ini, diamenyuarakan sesuatu.

"Papa, adik rindu sangat dengan mak. Boleh esok abah bawakan adik pergi ziarah kubur mama ? Papa tak busy kan ?"

Lontaram suara lembut anaknya itu menyentuh hati bapanya dan menyerlahkan sikap terlalu berharap dibawa menziarahi kubur arwah ibunya. Zafran mengangguk perlahan mengukirkan sedikit senyuman pada anaknya tanda bersetuju.

Ketika menziarahi kubur isteri keesokan harinya, zafran dan anak tunggalnya membacakan surah Yassin dan berdoa untuk isterinya yang sudah dipertemukan ajal setahun lepas. Setelah selesai semuanya, zafri mencabut satu persatu rumput2 kecil yang mula timbuh di atas kubur ibunya. Zafran hanya mendiamkan diri seperti sedang berfikir sesuatu.

"Abang, anak kita lelaki tau, lagi sebulan, keluar lah ni, tapi kita tak letak lagi nama dia apa. Abang suka nama yang mcm mana ?"
"Alaa abang ni, ok ok, kalau dia ikut iras iras muka abang, kita iraskan nama dia dengan nama sayang. Tapi kalau iras iras muka sayang, kita cuba iraskan nama dia dengan nama abang. Ok kan ?
"Saleha, so might be nama dia, Soleh ? Or Sufian ? Atau pun, Syafiq. Ala tak sama pun takpa asalkan mula huruf S. Sama jugak. Kan abang ? Haa kalau ikut nama abang, satu je syg teringin nak letak. Kita letak, Muhammad Zafri Danish Bin Zafran. Sedap kan bang ?"

Suara suara lembut isterinya masih terngiang-ngiang di telinga Zafran disebabkan terlampau rindu pada isterinya.

"Dah dik ? Kita pergi makan, papa bawak pergi makan nak ? Adik kata haritu nak makan pizza kan ? Ok harini papa bawak adik makan pizza ok ?"

Terukir senyuman lebar anak kecil berumur 6 tahun tersebut kerana permintaannya tempoh hari akan ditunaikan.

Ketika pizza yang telah dipesan tiba di meja mereka, Zafri mengAminkan bacaan doa sebelum makan yang dibaca oleh bapanya.

"Makan kenyang kenyang tau dik. Cepat cepat besar eah. Nanti boleh tlg papa buat kerja. Hehe"
Usik Zafran pada anak comelnya itu

Zafri: "Yeayy !! Adik nak tolong papa buat kerja. Nanti papa tak sibuk sangat dah. Boleh teman adik pergi padang main layang2 mcm dulu. Kan papa ? Tapi papa, boleh papa tolong adik sikit ?"

"Hehe.... Tolong apa sayang ?"

Zafri: "Boleh tak papa tolong potong ptgkan kecik2 mcm mama selalu buat dulu kalau makan pizza ?"

Zafran hanya mengikutkan sahaja kehendak anak tunggalnya itu tanpa memberikan sebarangan bantahan.

Ketika anaknya menikmati pizza tersebut, Bertakung air mata di kelopak En.Zafran kerana terlalu persis cara anaknya makan dengan arwah isterinya dahulu. Tapi dia hanya mendiamkan diri. Sedang anaknya ditenung lama, pemikirannya terhenti apabila Zafri melontarkan suara...

"Papa tak makan ke ? Kenapa papa tengok adik ? Adik ada buat salah ke ?"

Zafran hanya tersenyum menggelengkan kepalanya tanda tiada apa apa berlaku.

TabahlahWhere stories live. Discover now