"Weh, kau pahal jalan laju semacam ni? Lek ah hahaha..." teriak Aien apabila menyedari yang Pkah pantas menuju keluar dari kelas sejurus loceng tamat sekolah berbunyi.
Pkah berhenti dan menoleh. "Sorry weh, mak aku suruh balik awal sikit hari ni. Ada mesyuarat Puak Benzy. Balik luu weh. Bye !" kata Pkah dan terus chow.
Aien hanya menganggukkan kepala nya sahaja. Dia tahu yang Pkah berasal dari keluarga yakuza dan tiada siapa pun yang tahu tentang hal ini melainkan Aien sorang sahaja kerana Aien juga berasal dari keluarga yakuza juga. Puak Foyen. Kedua dua Puak Benzy dan Puak Foyen selalu bekerjasama dalam menguruskan bisnes keluarga mereka. Sebab itulah Pkah dan Aien rapat sejak dari sekolah rendah lagi.
Aien lantas mengambil beg dan menapak keluar dari kelas.