"I Promise Anytime You Call Me,
It Don't Matter Where I Am ,
I"ll Always Be There ,
Like You're Been There
If You Need Me Close
I"ll Be Right Over
I Swear, I swear."Aku melihat skrin samsungku sambil tersenyum.
"Assalammualaikum,Ammar.
Ammar sihat?""Walaikummusalam , mama.
Alhamdulilah ,sihat."Aku bertanya pada mama
"Mama sihat? Mama dah makan ubat?"
"Alhamdulilah, mama sihat .Mama dah makan ubat. Ammar jangan risau."
Aku tersenyum mendengar jawapan mama.Aku tinggal seketika studyku demi mama.Aku berborak dengan ibarat kawan yang sudah bertahun-tahun yang tak jumpa.
Tiba- tiba mama bertanya kepadaku dengan nada sayu.
"Ammar.. minggu depan balik tak?"
"Mama .. minggu depan Ammar tak balik sebab nak dekat final exam, jadi Ammar nak study."
"Ammar nak tahu tak?"
"Ape mama?"
"Exam boleh repeat bila- bila masa
Tapi mama hanya ada satu ."Mama menjawab dengan nada sayu.Aku terasa tersentap bila mendengar jawapan. Akhirnya , aku mengalah . Aku balik kampung demi mama.
Sesampainya aku di rumah. Mama orang pertama yang memelukku.
Pelukkan mama begitu erat .Aku hanya membiarkannya. Aku menyalam mama dengan penuh kerinduan.
Mama menyuruh aku masuk ke dalam rumah.Aku hanya mendengar arahan."Ammar... cuba bukak tudung saji tu."
Aku bukak dengan gembira. Aku melihat mama masak lauk kesukaanku lalu aku memandang mama dan terus memeluk mama tanda terima kasih.Lalu mama berkata.
"Ammar... ingat ye pesan mama.
Jangan sesekali lupakan mama,selalu doakan mama .Mama dah tak lama hidup kat dunia ni."Aku hanya mengangguk mendengar nasihat mama.Tiba-tiba terasa sebak di jiwa dan menusuk ke kalbu bila mendengar nasihat mama.Aku selalu berdoa agar mama jangan
tinggalkanku.Waktu aku di rumah , mama melayan aku dengan penuh kasih sayang.Saat tu, aku terasa nikmat ,ya Allah. Anugerah yang terindah buatku.
Terima kasih ya Allah.××××××××××××××××××××××××××××××××
Sewaktu, aku hendak pulang ke kolej .
Aku menyalam mama dengan penuh kasih sayang hingga tak terhingga.Riak muka mama begitu sayu semasa aku naik kereta bersama abang. Sebelum aku pulang ke kolej, mama tak jemuh mengingatkan pesanannya.Aku melambai tanganku ke arah mama.Mama membalas dengan mengukir senyuman.
××××××××××××××××××××××××××××××××
Sudah sekian lama ,aku bertungkus lumus belajar .akhirnya tamat sudah pengajianku. Aku menelefon mama untuk datang majlis konvoksyenku.Mama sangat teruja sebab dapat melihat aku ambik ijazah degree di atas pentas.
Setelah selesai majlis konvoksyen, aku mencari mama. Tiba-tiba fonku berbunyi.Aku menjawab terlebih dahulu.
"Assalammualaikum, Abang. Abang dan Mama kat mane? Ammar penat carik..Ammar dah tak sabar nak berselfie dgn mama ni.."
"Walaikummusalam , Ammar."
Abang menjawab dengan nada sayuSaat tu , hatiku sedang berdebar-debar.lalu abang menyambung.
"Ammar......"
"Kenapa abang?"
"Mama........."
"Kenapa dengan mama?"
"Mama..... dah tak de."Aku terus riba di atas tangga .Aku melihat kawan-kawanku memeluk ibunya. Waktu tu , aku terasa mama sudah tiada lagi disisiku.Aku terus menangis tanpa mempedulikan orang ramai. Sehinggalah salah seorang sahabatku cuba menenangkan aku.
××××××××××××××××××××××××××××××××
Aku sampai dirumah.Aku melihat mama jasad mama sudah dikafankan.Aku terus berlari memeluk dan mencium pipi mama.Abang cuba menenangkan aku tapi aku langsung tidak pedulikan.
aku melihat wajah mama sangat berseri."Mama ... Bangunlah ....
Mama .... Bangunlah....
Mama ... maafkan ammar...
Mama.....maafkan ammar.."
Sambil mengusap air mata yang mengalir.××××××××××××××××××××××××××××××××
Mama dikuburkan sebelah perkuburan arwah abah . Arwah Abah meninggalkan kami sejak 6 tahun yang lalu.Selesai sudah pengkebumian mama, aku meminta abang menunggu selama 5 minit.
Abang hanya mengangguk.Aku melihat kayu nisan terukir cantik nama mama iaitu Siti Hajah Aminah Bt Ali.Aku terasa sebak melihat kubur mama.
"Mama... mama.. mama nak tahu tak?
Waktu mama call ammar kan.. ammar terasa bahagia sangat....sebab mama nak tengok ammar naik atas pentas ambik ijazah. Malam tu.. ammar tak boleh nak lelapkan mata sebab ammar nak jumpa mama.. perasaan Ammar malam tu.. sangat excited...Pagi tu pula.. Ammar bersiap dengan perasaan excited.. Ammar pakai hensem-hensem sebab nak tengok anak mama yang hensem ni...tapi mama pergi dahulu sebelum tengok Ammar..." perasaan aku waktu tu bercampur bauk kerana teringat kenangan bersama mama.××××××××××××××××××××××××××××××××
Malam tu, abang bagi surat kepadaku.
Lalu aku melihat surat tu.DARIPADA :MAMA
KEPADA: ANAK MAMA AMMER ASYRAF BIN ABDULLAH DAN
AMMAR ASYRAF BIN ABDULLAH."Assalammualaikum , anak mama
Anak mama sihat? Anak mama dah makan?.Anak mama nak tahu tak?
Allah bagi anugerah kepada mama dua orang khalifah yang sangat terindah.Mama dan Abah
namakan khalifah tu Ammer Asyraf dan Ammar Asyraf. Ammer nak tahu tak? Waktu Ammer kecil , Ammer sangat rajin.. selalu tolong mama dan abah.
Mama ingat lagi,cita-cita Ammer nak jadi pilot sebab Ammer nak bawa mama dan abah melancong ke luar negara.Mama rasa sangat bangga dengan Ammer. Waktu Ammar kecik pula, Ammar seorang yang sangat manja dengan mama. Mama ingat lagi, waktu Ammar nak masuk tadika Ammar kata Ammar nak belajar sampai jadi doktor sebab nak merawat mama. Mama terasa sangat gembira .
Allah kurniakan khalifah mama dan abah yang sangat bijak. Ammer ingat pesan mama ye ,jaga adik kamu .. andai mama sudah tidak ada didunia ni dan selalu doakan mama dan abah ye, nak.Akhir sekali, mama nak minta maaf andai mama kurang beri didikan semasa mama hidup dan tidak beri sepenuhnya kemahuan kepada anak mama.. mama minta maaf...Sekian , mama .Siti Hajah Aminah Bt Ali.
*Sekian tamat cerpen ini*
YOU ARE READING
Ibu
Casualekerana memberi idea itu datang dari Allah, kerana aku adalah insan biasa first time, writting ni.. hope semua suka.. bacalah penuh penghayatan.. jangan lupa ucapkan terima kasih pada ibu. akhir sekali, terima kasih sudi membaca..