PESAN IBU TENTANG AYAH

288 12 0
                                    

ANAKKU,
Memang ayah tidak pernah mengandungkanmu,
Memang ayah tidak pernah melahirkanmu
Ketahuilah
Ayah ialah orang pertama mengazankanmu
Ayah ialah orang pertama paling gembira
Kerana kelahiranmu.

Anakku
Ayah tidak pernah putus asa menyaramu
Ayah tidak pernah mengenal erti penat
Kerana
Ayah mahu kamu selesa dengan kehidupanmu.

Anakku
Ayah ialah orang yang paling susah untuk menangis
Ayah paling susah menunjuk tangisannya
Ketahuilah
Ayah tidak mahu menunjukkan kelemahannya die depanmu
Ayah mahu kamu percaya
Bahawa dia boleh memimpinmu.

Anakku
Ingat pesan ibu
Disaat kami tiada didunia ini
Kirimkanlah selalu doamu.
Kami sentiasa menanti doamu.
Pimpinlah tangan kami bersama-sama ke syurga Allah.

Sekian dari ibu.

IbuWhere stories live. Discover now