2

264 5 0
                                    

"Bangun." arah Naim, ketua kelas. Setelah melihat guru mata pelajaran pertama masuk ke dalam kelas.

Semua murid mengikut peraturan lalu bangun.

"Good morning teacher Selvanayagi." ucap Naim.

"Good morning teacher Selvanayagi." ikut semua murid.

"Good morning everybody, okay please seat and open your textbook." arah cikgu Selvana.

"Muka surat?" lantang suara Anis bertanya.

"Oh, forgot to tell. Thankyou Anis, so please turn on to page 205." jawab cikgu Selvana.

"Nak mintak kena puji lah tu." kata Anel yang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Anis dan Syahirah.

"Tak masalahnya cikgu puji ke? Nak cakap bodoh. Kau masuk kelas pandai." jeling Anis.

"Auch, Anis merajuk." usik Anel.

Anis menendang kaki Anel, nasib baik harini dia memakai baju sukan. Kalau tak, koyak dah rasanya kain sekolahnya dek ingin menendang Anel.

Anel mengerang kesakitan menyebabkan cikgu memandangnya,

"Yes Anel, do you want to say anything?" tanya cikgu.

"Oh no teacher, keep going on teaching. I'm sorry for disturbing." jawab Anel sambil tersengih.

"Padan muka." Anis menjelir lidahnya menandakan dia sedang mengejek Anel.

Selepas sejam mengajar subjek bahasa english. Loceng akhirnya berbunyi menandakan masa pertama telahpun tamat.

"Okay don't forget to do your homework, I will see you all again tomorrow and I want to see that everyone has finished my work. Okay thankyou kids." pesan cikgu Selvana sebelum keluar kelas.

Anis meletakkan semula buku teks english ke dalam beg nya dan mengeluarkan buku teks subjek kimia.

"Asal kau tendang aku tadi? Kau fikir tak sakit ke?" tanya Anel dalam nada marah.

"So sekarang kau nak buat apa? Tampar? or nak tendang balik?" tanya Anis semula dalam nada agak belagak.

"Dah lah weh, tak gentle lah hari hari nak gaduh." kata Najmi.

"Kau diam ah, kau tak kena boleh cakap." kata Anel.

"Bro dah, dia perempuan weh. Dah ah." Akkir cuba menenangkan Anel.

"Lain kali fikir lah, aku dah lama sabar dengan kau tau. Acah ip user macam orang lain tak guna. Weh takyah acah orang kaya sangat lah!" suara Anis makin menaik.

"Anis sabar sabar." Syahirah pun cuba menenangkan Anis.

Suasana di dalam kelas agak tegang di sebabkan pergaduhan mereka. Tanpa di sedari, guru subjek Kimia sudahpun masuk.

"Kenapa ni? Anel, Anis. Gaduh ke?" tanya cikgu Azmi.

"Ehh mana adaa, kitorg tengah berbincang." jawab Anel.

Guru kimia mereka juga merupakan guru disiplin so there is no way yang diorang akan cakap diorang bergaduh. Silap silap nanti kena pergi jumpa pengetua nanti.

"Jadi kenapa semua berkerumun dekat kamu berdua macam kamu bergaduh?" tanya cikgu Azmi tegas.

"Ohh itu sebab Anel ni haa cikgu pandai buat lawak, kan Anel kan?" Anis gelak sambil memandang Anel.

Semua murid dalam kelas itu cuba membantu mereka berdua dan akhiranya cikgu Azmi percaya.

"Okay semua duduk dan buka buku latihan kamu semalam, saya nak cek siapa tak siap." kata cikgu Azmi.

Semua membuka buku latihan mereka, sedang cikgu menyemak buku murid murid mana yang tak siap. Anis menyanyi random song dan apabila dia berhenti, ramai yang menyambung dan menggantikan Anis menyanyi.

"Tak sekarang ni korang fikir ni High School Musical ke nak sambung sambung nyanyi ni." kata Anel.

Satu kelas gelak, cikgu pun turut gelak.

----

"Thanks ah selamatkan kitorg tadi, you all are the best classmate ah." Anis menunjukkan ibu jarinya menunjukkan tanda 'bagus'.

"Well korang pun dah ah, stop gaduh gaduh ni. Seram kitorg tengok tau, macam harimau dengan serigala." kata Syaz.

"Hahaha, tak de guarantee." kata Anis.

"Nanti dah bercinta tu berhentilah gaduh tu." sakat Faiz.

"Nk kena pijak ke?" Anis mengangkat keningnya.

"Woah, akak sado pula." kata Faiz.

Yang lain hanya mampu gelak melihat gelagat Anis.

Plan kahwin 6 bulan || On HoldWhere stories live. Discover now