Menanti Hari Esok

41 0 3
                                    

Cinta.. tiada guna kan jikalau seseorang itu tidak merasai. Bertepuk sebelah tangan..
Andai kata dia tidak mampu. Berapakah lama lagi Farid boleh menunggu..

"Seorang gadis yang pandai berdikari , Lisa. Ku akan terus menanti dan mengekori langkahmu. Ku akan menjagamu. Biar cinta ini tak diterima. Tetapi izinkan aku menjadi bayangmu.. Dia sering sahaja tertawa bila bersama rakan-rakan. Tapi aku tahu mata itu banyak mengalirkan airmata.." bisik hati Farid , melihat Lisa sedang bersembang bersama rakan-rakan di kerja. Farid juga bekerja di sana. Itu adalah syarikat ayahnya. Dia pengurus di sana.

Tetapi , Lisa baru sahaja meletak jawatan atas dasar rakan sekerjanya yang cemburu dan selalu memfitnahnya agar dia jatuh. Farid tahu , punca pun datang dari dirinya sendiri. Kerna mereka cemburu bila mendapat tahu Farid ada menaruh hati pada Lisa.

Terasa sunyi kedai itu tanpa tawaan Lisa. Dan terasa bosan juga tanpa melihat senyuman manis si dia itu , Lisa.

"Lisa , awak minat tak bekerja di ofis . Sebagai admin. Awak boleh cuba sahaja dahulu. Kalau awak nak , saya boleh arrange kan interview . Rakan saya boss di sana. " Farid menghantar pesanan ke Lisa melalui telefon bimbit.



Menanti Hari EsokWhere stories live. Discover now