"Eh, budak perempuan tu macam pernah lihat? Tpi kat mane ye? Ermm" Desus hati kecilku berkata.
"Mungkin kot." Afi berbisik kat telinga aku yang ditutupi oleh tudung labuh sekolah. Erkkk aku pun hairan macam mana dia boleh baca isi hati aku.
" Ek eleh aku kan sahabat kau, aku boleh baca apa yang kau rasa. Kau tengah tengok budak perempuan tu kan ? Dari tadi kau asyik tengok dia. Dia budak baru Madrasah kita ni".
"Ohh." Itu sahajalah perkataan yang keluar dari mulutku.
*Deringan loceng menandakan untuk semua pelajar di Madrasah itu untuk balik ke asrama masing- masing.
Aku berjalan longlai memasuki asrama Siti Khadijah yang berdekatan dengan surau. Aku menghempaskan beg ke arah katil 2 tingkat, katilku di bawah. Aku juga membaringkan diriku yang lemah kerana keletihan. Hurhhh! Keluhan kecil. Tiba- tiba ada sebuah suara yang tidak ku kenali menyapa aku sewaktu aku baring,Dengan lantas aku bangun, rupa- rupanya budak baru itu yang menyapa ku. Dia membuka bicara dahulu.
"Assalammualai'kum warahmatullah ya ukhti!" Sambil menghulurkan kedua- dua tangan nya.
"Waalaikummussalam warahmtullah." Sahutku sambil menyalami nya.
" Adakah Ana mengganngu enti?. Maaflah kalau Ana mengganggu enti." Lalu bingkas bangun dari katilku.
" Eh tidaklah ukhti, ukhti tidak menggangu ana pun, ana cuma merebahkan badan ana yang keletihan ini. Ada apa ya, ukhti berjumpa dengan ana ni ?" Sambil memberikan senyuman ku.
"Ana ingin memperkenalkan diri, Nama ana Nazihah, ana budak baru ana harap kalau ana ada salah tolong berikan tunjuk ajar ye. Salam ukhwah fillah." Senyum
"Nama ana Hamizah. Salam ukhwah fillah abadan abada ya ukhti. In Shaa Allah ya!"
* sambungann*
YOU ARE READING
Sahabat ♡
Mystère / ThrillerAku pernah bermimpi tentang seseorang yang bergelar sahabat. Rupanya iras-iras seperti perempuan yang pernah aku mimpi. Dia memakai tudung labuh, berbaju longgar,memakai handsock di lengannya. mukanya sungguh ayu, cantik dan comel apatah lagi jika a...