* * *
Di sebuah perkampungan Emerald City,
" Mama! "
"Iya sayang" sahut Puan Clara sambil menyesat-nyesat baju apronnya. Dia menuju ke bilik Victoria. Dia tersenyum melihat anak kesayangannya sedang menunggu beliau di birai katil. Puan Clara dan anak tunggalnya hanya hidup dalam serba kekurangan sahaja, hidup beliau seperti kais pagi makan pagi sahaja."Mama" Victoria mencebik sambil menghulurkan sebuah buku. Puan Clara tersenyum, Puan Clara tahu akan maksud anaknya itu. Sudah menjadi rutin harian apabila hari sudah malam, Puan Clara akan membacakan sebuah buku cerita untuk melelapkan mata si anaknya. Walaupun beliau baru sahaja mencecah 30 an, tetapi sudah munculnya garis garis halus di tepi bibir diikuti dengan tahi lalat sekaligus menambah seri wajah si janda itu.
" Baiklah, harini Victoria mahu cerita apa?" kata Puan Clara sambil menyelak buku cerita yang baru diberi Victoria sebentar tadi. Kulit buku itu sangatlah cantik. Gambar latar pada kulit buku cerita itu adalah sebuah istana yang indah manakala bilangan mukanya ialah setebal 478 mukasurat, Jadi tidak hairanlah buku itu tersimpan kemas diatas almari .
Ibu Victoria menjumpainya di tong sampah sebelah kedai tempat beliau bekerja sebagai tukang Pengait Jerami. Lalu beliau memberikan kepada anaknya sebagai hadiah tanda harijadi Victoria pada hari itu.
" Cerita putera raja yang tampan!" ngomel Victoria. Si gadis petah bercakap itu ialah berusia lingkungan 10 tahun. Seorang gadis yang lincah, yang gila gila, yang paling periang! Seluruh Emerald City sangat kenal akan gadis bertocang dua itu.
Dia membuang pandangan keluar tingkap. Terlihat sebuah istana yang tersergam indah di puncak gunung sambil dilindungi dengan kabus malam. Dia tersandar di jendela dan menyiku tulang jendela, Dia berharap dia akan mengahwini seorang putera raja sambil menutup matanya tanda berhajat.
Puan Clara tersenyum sambil menyisir-nyisir rambut anak tunggal kesayangan dia. Dia sangat puas melihat anaknya yang mampu hidup dalam serba kekurangan. Tiba-tiba seekor burung merpati dari luar hinggap di lengan Victoria, Victoria hanya tersenyum.
"Baiklah, Mama mulakan cerita ye"
Let me tell you the story of Love On Castle.........
YOU ARE READING
Love On Castle [Malay Adapt]
RomanceWho wants to put the dream of marrying a prince? Who want to fall in love with a prince? How happy if we get to marry the king's daughter Only a dream! Tells the story of a prince from another country who are in love with the princess of another c...